pedera Ib | sejenis penyakit; pesakit akan merasa sakit kepala dan mual. Menurut kepercayaan masyarakat Iban, penyakit ini akibat teguran daripada roh orang yang sudah meninggal. | “Mungkin sakit pedera. Mari, saya cuba sembuhkan,” kata Kemuja. “Sakit pedera tidak seperti ini selama... Wak... wak... wak!” Madu terasa hendak muntah. | Bumi Bertuah | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
momolian Kd, Mr | suatu upacara mengubati pesakit. | Apakah dia tergamak memanggil momolian untuk menjampi dan menerangkan ubat-ubatan yang diperlukan, mengikut jenis penyakit yang dipercayai dihidapai oleh ibunya? | Dari Dalam Cermin | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
makai salau Ib | makan beramai-ramai bersama manang setelah selesai upacara perubatan pada larut malam. | Setelah Manang Entayang melangsungkan upacara belian, ayam pun disembelih. Orang perempuan di dapur terus memasak, dan setelah semuanya dimasak, mereka pun makan salau. Si pesakit pun meminta nasi dan apabila melihat yang pesakit itu dapat makan, anak sulungnya berteriak. | Gurang dengan Ansang Miang | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
begama Ib | sejenis kaedah perubatan tradisional iaitu mencari punca penyakit dengan menyentuh dan meraba-raba badan pesakit. Upacara ini dilakukan oleh dukun atau manang. | Oh, nantilah dulu. Masa masih tak sesuai untuk saya mulakan kerana tangan seseorang Manang tak sesuai begama kalau hari masih siang. Tunggulah selepas makan malam, jawab Manang Entayang. | Gurang dengan Ansang Miang | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |