luntang Ib | potong/kerat. | “Cantik sungguh rupanya gadis itu, mukanya menyerupai bulan yang mengambang, mata menyerupai biji manik yang jernih, pinggang ramping kelihatan ringan seperti empulur tekalong luntang, jarinya lancip seperti pucuk lia jerenang.” Keling memikir-mikirkan tentang apa yang harus dia lakukan. | Kumang Mencari Tarum | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
mikai Ib | nama sejenis pokok kayu keras; Shorea. | Eh, potong saja akar pokok ara dari sebelah-menyebelah pokok mikai, ia akan gugur, selepas itu nanti akan sembuh pokok mikai itu, jawab Pak Tibang. | Gurang dengan Ansang Miang | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
tungkawir Kd | sejenis alat muzik tradisional yang mempunyai kaitan dengan adat resam memburu binatang pada zaman dahulu. Ia diperbuat daripada satu ruas buluh yang dipotong dibelah/potong sehingga pertengahannya. Cara membunyikannya ialah dengan menepuk pada tangan. | Oleh itu, jika ia terdengar bunyi ini, ia harus mengambil Tungkawir dan memukulnya pada telapak tangan. Bunyi Tungkawir akan melawan bunyi serangga tadi dipercayai ini akan menolak bala yang bakal menimpa pemburu tersebut. | Alat-alat Muzik Tradisional Sabah Warisan Budaya Kita Bersama | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |