Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pu.jian] | ڤوجين

Definisi : pernyataan memuji, kata-kata utk memuji: sambil memandang guru memberikan ~, nasihat dan galakan kpd murid-muridnya; ubat ini sudah mendapat ~ drpd pemakai-pemakainya; doa (sembahyang) ~ Id doa bersama-sama pd petang hari utk memuliakan Tuhan (Roman Katolik); surat ~ surat yg mengandungi pernyataan memuji; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pu.jian] | ڤوجين

Definisi : kata-kata utk memuji; pernyataan memuji: Engkaulah Tuhan yg semestinya menerima segala ~ dan Tuhan bagi seru sekalian alam. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pujian

Peribahasa

Sepahit-pahit mambu,
     kelatnya menjadi obat (ubat).

Bermaksud :

Kadang-kadang nasihat yang pedas mendatangkan faedah daripada pujian-pujian yang mulia. mambu (semambu) = sebangsa rotan airnya pahit.

 

Lihat selanjutnya...(13)


Glosari Leksikal Bahasa Sukuan

Bahasa Suku KaumTakrifContoh AyatRujukanSumber
denjang Ibsejenis nyanyian pujian terhadap seseorang yang berkedudukan atau berkeistimewaan semasa perayaan adat istiadat.Semasa gawai ini, upacara pergi ke tanju diadakan sebanyak dua kali. Mantera dibaca hanya setakat mencari tanah, dan diikuti dengan denjang lelaki. Denjang ini adalah sejenis mantera.Novel Senggalang BurungGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
lemambang Iborang yang mahir dalam pelbagai nyanyian suci atau puji-pujian.Padang dikatakan peneroka awal kawasan Rimbas hilir. Jadi dalam nyanyian pengap pakar lemambang, semasa menyebut ketua-ketua di Rimbas dahulu kala, mereka berkata, "Padang, suami Suyah, korban rebah mati tertumpah, diheret oleh duman ikan tapah yang berjanggut merah emas gempanang."JubangGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
lalangkut Mr Tlpantun.Lalangkut-lalangkut yang dipantunkan berkisar pada lalangkut jenis dua kerat yang isi atau kandungannya mengenai puji-pujian terhadap rumah panjang baru itu.Tarian-tarian Tradisional Negeri SabahGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
garong, *garung* Ibanyaman berangkai dan bertingkat daripada buluh yang mengandungi ruas buluh tempat menyimpan tuak. Tuak tersebut ditimang (dengan lagu puji-pujian) semalamam dan hanya layak diminum oleh seorang pahlawan.Oleh kerana dia menantu Bedaang dia tidak panjang umur. Inilah juga yang menyebabkan seseorang menantu pantang minum jalong atau garong. Orang Iban tidak berani melanggar pantang ini kerana takut alah ayu atau tidak panjang umur.Novel Senggalang BurungGlosari Leksikal Bahasa Sukuan

Kembali ke atas