Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pu.lau] | ڤولاو

Definisi : tanah atau daratan dikelilingi oleh air (di laut, di sungai, dll); belayar di ~ kapuk Id, bp tidur; ~ sudah lenyap, daratan sudah tenggelam gagal sama sekali; ~ harapan (perca) Id Pulau Sumatera; ~ karang (Geog) pulau yg terjadi drpd batu karang (jauh dr daratan), terumbu; belayar menentang (mengadang, menuju) ~ prb sesuatu pekerjaan itu harus ada tujuannya; spt batu di ~ prb amat banyak; berpulau, berpulau-pulau 1. bertompok­-tompok (orang, kampung, dll); 2. mempu­nyai pulau (lautan dll); pulau-memulau saling memulaukan: kejadian ~ juga berlaku dlm masyarakat itu; memulaukan 1. memisahkan drpd yg lain, mengasingkan, menyisihkan seseorang atau menyisihkan diri daripadanya (sehingga tidak ada perhubungan antaranya dgn orang lain): mereka yg melanggar pantang larang kadangkala dipulaukan oleh keluarga sendiri; orang itu telah dipulaukan drpd masyarakat setempat; 2. enggan menyertai atau berurusan dgn sesuatu, memboikot: hanya Parti Buruh sahaja yg ~ pilihan raya kali ini; terpulau dipulaukan, disingkirkan; kepulauan sekumpulan pulau, gugusan beberapa buah pulau: ~ Melayu; ~ Riau; pemulauan perbuatan memulaukan, pem­boikotan, pengasingan: ~ terhadap barang-barang dr Afrika Selatan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pu.lau] | ڤولاو

Definisi : kawasan tanah yg dikelilingi air di laut atau di sungai: ~ Pinang; ~ Tioman. memulaukan 1 memisahkan dr yg lain; mengasingkan. 2 tidak mempedulikan; memboikot. kepulauan kumpulan beberapa buah pulau; gugusan pulau: ~ Melayu. pemulauan perbuatan atau hal memulaukan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pulau

Puisi
 

Pulau Pisang Pulau Pauh,
     Sampai ketiga Pulau Kemudi;
Kami datang dari jauh,
     Kerana hendak membalas budi.


Lihat selanjutnya...(109)
Peribahasa

Pergi ke pulau batu digalas.

Bermaksud :

Sengaja mencari kesusahan.

 

Lihat selanjutnya...(20)


Glosari Leksikal Bahasa Sukuan

Bahasa Suku KaumTakrifContoh AyatRujukanSumber
lipa Bj Smsejenis perahu yang lebar di bahagian tengah, berupaya menampung sepuluh orang.Pulau-pulau kecil kelam kehitaman bagai terapung dan berlabuh di tengah laut. Kecipak air di landas lipa menguntumkan irama. Ocehan daun mengharmonikan irama.PelauhGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
gollom, *golom* Bj Smpokok gelam.Aku ajar mereka cara-cara mengendalikan lipa. Menyumbat kebocoran lipa dengan kulit kayu gollom yang banyak didapati di persisiran pulau-pulau.PelauhGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
pulau Ibkawasan hutan yang tidak boleh dijadikan huma, tempat tinggal atau dibakar kerana pantang larang tertentu.Semua tempat perkuburan kecil atau senuan ini sekarang walaupun tidak diketahui siapa yang dikuburkan di situ menjadi pulau (tidak boleh dijadikan huma atau dibakar). Tempat seperti ini disebut sebagai pulau mati.Novel Senggalang BurungGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
senuan Ibtanah perkuburan kecil untuk ahli keluarga sahaja, biasanya hanya memuatkan beberapa orang sahaja.Semua tempat perkuburan kecil atau senuan ini sekarang walaupun tidak diketahui siapa yang dikuburkan di situ menjadi pulau (tidak boleh dijadikan huma atau dibakar). Tempat seperti ini disebut sebagai pulau mati.Novel Senggalang BurungGlosari Leksikal Bahasa Sukuan

Kembali ke atas