Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : (ra.i); meraikan 1. menjamu (utk me­mulia­kan, menghormati): tujuan kenduri ini ialah melepaskan orang yg hendak berjalan dan meletakkan orang yg tinggal, yakni ~ orang yg pergi dan memberi gembira dan sokongan bagi orang yg tinggal; 2. meng­ada­kan keramaian, merayakan: sekalian tertunggu-tunggu hendak ~ temasya bersuka ria; kaum Sakai dlm hutan itu sibuk bersiap-siap kerana hendak ~ perkahwinan anak Batin mereka; keraian 1. jamuan (utk memuliakan dll): suatu majlis ~ diadakan di Istana Negara; 2. keramaian, perayaan: ~ menyambut Mau­lud Nabi. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : bunyi biji-biji (butir-butir) kecil jatuh. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : sj tumbuhan bijirin yg bijiannya dijadikan tepung, makanan ternak, wiski dsb, Secale cereale. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : ; meraikan menghormati seseorang dgn mengadakan keramaian atau jamuan: Mereka telah mengadakan majlis makan malam utk ~ sahabat mereka yg baru pulang dr Jerman. keraian hal menghormati seseorang dgn mengadakan jamuan atau keramaian. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
rai
Kata Terbitan : meraikan, keraian,


Glosari Leksikal Bahasa Sukuan

Bahasa Suku KaumTakrifContoh AyatRujukanSumber
akai-rai Ibamboi! aduh! (seruan menandakan kehairanan, keluhan atau kesakitan).“Akai-rai,” kata Tedung. “Lemah betullah aku ini. Hendak mencari umbut pun tak terdaya lagi.”Antologi Cerita Rakyat IbanGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
telatok, *talutuk* Mrsejenis alat muzik tradisional.Kaum lelaki tidak terlibat pada acara tersebut kecuali untuk bermain muzik yang terdiri dari 1 biji rebana, tiga biji telatok yang diperbuat rai buluh jenis poring. Pakaian yang dipakai terdiri dari kebaya, kain songket dan tarimpak.Tarian sambut kelahiran bayiGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
tarimpak, *sarimpak* Bj, MSbhiasan kepala, mahkota yg diperbuat drpd tembaga yg diukir dan berjuntai-juntai.Kaum lelaki tidak terlibat pada acara tersebut kecuali untuk bermain muzik yang terdiri dari 1 biji rebana, tiga biji telatok yang diperbuat rai buluh jenis poring. Pakaian yang dipakai terdiri dari kebaya, kain songket dan tarimpak.Tarian sambut kelahiran bayiGlosari Leksikal Bahasa Sukuan

Kembali ke atas