Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : beberapa batang buluh (kayu dll) yg diikat berangkai (digunakan utk mengangkut orang, barang, dsb menyeberangi sungai dsb); ~ balai gambang sj rumah di atas rakit; ~ pisang Mn sj penganan yg dibuat drpd pisang muda yg disayat dan diatur spt rakit; berakit bergerak di air di atas rakit, meng­guna­kan rakit: perjalanan ~ hanya memakan masa kira-kira tiga jam; berakit-rakit bergerak ke sana sini di air dgn me­ng­gunakan rakit: biarlah kita semua ~ ke hulu sebelum berenang-renang ke tepian; ~ ke hulu, berenang-renang ke tepian, bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian prb bersusah payah dahulu kemudian baru bersenang-senang; merakit 1. membuat rakit; 2. ki mengatur atau menyusun rapi-rapi; 3. mereka-reka, mencari akal; perakit pengatur, penyusun. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
rakit (kata nama)
Bersinonim dengan ancu, telatak, jeriau, telatap;,
Kata Terbitan : berakit, merakit, perakit,

Puisi
 

Sayang pindah naik rakit,
     Rakit berikat tali bemban;
Sedangkan lidah lagikan tergigit,
     Inikan pula sahabat sekawan.


Lihat selanjutnya...(35)

Glosari Leksikal Bahasa Sukuan

Bahasa Suku KaumTakrifContoh AyatRujukanSumber
ajung Bj, Tbsejenis perahu atau rakit kecil dihiasi bendera berwarna-warni dan diisi dengan pelbagai jenis makanan, dan dihanyut di laut atau sungai. Ini sebagai sebahagian upacara pengubatan.Bentuk ajung ini menyerupai seperti sebuah perahu biasa, tetapi di bahagian bawahnya kelihatan seperti rakit, kerana bahagian bawah perahu itu diperbuat daripada bambu bulat yang dicantum-cantumkan.Tarian-tarian Tradisional Negeri SabahGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
rolun Kd, Tbreplika perahu yang dibuat untuk upacara persembahan semangat dan lain-lain.Jali mengangguk terus, memikirkan apakah dirinya yang akan dihanyutkan? Dia tersengih memerhatikan tentagas menghiasi rolun atau rakit, dengan perca-perca kain dan berbagai-bagai jenis bunga di atas rolun itu.SingkowotonGlosari Leksikal Bahasa Sukuan

Kembali ke atas