jerita tuai Ib | cerita rakyat. | Jerita tuai’ lebih merupakan cerita-cerita tradisi yang mengandungi mitos dan lagenda orang-orang Iban. | Cerita Rakyat Iban | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
tenes-tenes Bj Sm | sejenis lagu rakyat masyarakat nelayan kaum Bajau. | Malam yang sejuk dan nyaman. Lagu tenes-tenes berkumandang. | Pelauh | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
rasing Bj Sm, Tb | sejenis permainan rakyat yg menggunakan tempurung kelapa sbg kasut dan tali utk mengendalikannya. | “Apa nama permainan yang mereka main dengan menggunakan tempurung itu dik Minarni?” tanya Yanti. “Rasing, mereka main rasing,” jelas Minarni. “Rasing? Permainan apa itu?” Yanti ingin tahu. “Rasing itulah permainan tradisi orang-orang Samah di sini,” celah Pak Hilun. “Ayah engkau ketika kecil-kecil dulu pun cekap bermain rasing. | Yanti Si Anak Laut | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
kemelang sumpah Ib | sejenis tumbuhan yang hanya wujud dalam cerita dogeng rakyat Iban yang dipercayai dapat menunjukkan petanda tertentu. | Keling berjalan melalui kebun tumbuhan kemelang sumpah yang berwarna merah tua. Lepas itu dia menyoroti pokok-pokok jelunok kampong sabang dan pokok kampong sabang inak. | Jubang | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
ensera Ib | dongeng. | ‘Ensera’ pula adalah cerita-cerita yang berfungsi sebagai penghibur semata-mata dan tidak begitu dipercayai. | Cerita Rakyat Iban | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
endai Ib | kata seru yang menyatakan kekesalan. | Endai wai, aku ini mahu merumput dengan kau wai,? kata perempuan itu. | Antologi Cerita Rakyat Iban | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
tusut Ib | salasilah, susur galur. | Sementara ‘tusut’ pula berbentuk separuh puisi, menjelaskan tentang asal usul keturunan keluarga, binatang-binatang dan tanaman. | Cerita Rakyat Iban | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
kemiding Ib, Ml | sejenis tumbuhan paku pakis; Stenochlaena palustris, lembiding. | Khabarnya di restoran ternama harga sayur kemiding naik sehingga RM6 sepiring. | Pedoman Rakyat | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
beruta Ib | bekas anyaman kecil yang diperbuat daripada rotan. | Meluda pun mengambil sebuah ‘beruta’ dan kain putih yang dibawanya dahulu. | Antologi Cerita Rakyat Iban | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
terugku LB | burung bubut; Centropus spp. | Dayang Lebulan lalu pergi dan menangkap seekor terugku. Dia mengikatnya lalu memberikan pada Tuked Remini. | Antologi Cerita Rakyat Suku Kaum Lun Bawang | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |