Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ram.bang] | رامبڠ

Definisi : 1. tidak tetap (hati, tujuan, dll); ~ mata a) mata keranjang (suka bermain perem­puan, suka kahwin); b) tidak tahu yg mana satu yg hendak dipilih (kerana banyak pilihan); jala ~ jala yg lebar-lebar matanya; mulut ~ banyak cakap, cerewet; merawak ~ = rambang-rambang; 2. tidak atau tanpa di­tentu­kan (diatur, dirancang, dsb) terlebih dahulu, diambil (dipetik dsb) secara sem­barangan sahaja, rawak: sbg contoh peng­gunaan sebenar, saya petik sebuah ayat se­cara ~ drpd Kamus Dewan; rambang-rambang secara sembarangan sahaja, merambang: Karim menembak ke arah tempat bunyi tembakan itu ~; merambang berbuat sesuatu (berkata dll) dgn membabi buta sahaja (dgn mengagak-agak sahaja): tangannya dirambang bagai­kan mencari sesuatu dlm gelap; kerambangan keadaan rambang: membuat pertimbangan tentang sesuatu sampel semata-mata berasaskan kesamaan dan ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ram.bang] | رامبڠ

Definisi : tidak tetap (hati dll). ~ mata a. mata keranjang. b. sukar utk membuat pilihan (semuanya berkenan). merambang berbuat atau berkata dgn mengagak-agak atau dgn melulu saja. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
rambang (adverba)
Bersinonim dengan rawak, sewenang-wenang, sesuka hati, sekehendak hati;,
Kata Terbitan : merambang,

Puisi
 

Hanyut-hanyut makan belunut,
     Hanyut sampai ke dalam bayan;
Duduk rambang makan tak pungut,
     Anak dara di Palimbayan.


Lihat selanjutnya...(2)

Glosari Leksikal Bahasa Sukuan

Bahasa Suku KaumTakrifContoh AyatRujukanSumber
kaluk Ibtempurung kelapa yang masih muda (boleh dimakan).Oh kakak berjong kayu, adakah kakak bertemu kak Raja Rambang Ramunut, anakku mandi dengan air nyiur, anakku bertapal dengan daun nyiur, anakku bersembur dengan kaluk nyiur. Suatu hari melintaslah orang sedang berjong kayu. Puteri bongsu pun bernyanyi dari atas pokok nyiur gading.Novel Dayang Merah LidiGlosari Leksikal Bahasa Sukuan

Kembali ke atas