pagar api Ib | suatu binaan khas daripada ranting-ranting kayu kemali atau pelepah pisang di ruai rumah panjang yang dibuat untuk upacara belian. | Oh, ini rupanya yang mereka suruh saya ubati, teruk betullah dia ini, kata hati kecil Manang Entayang melihat perkara yang pelik itu. Melihat itu dia pun mendirikan pagar api dan mulakan upacara belian. | Gurang dengan Ansang Miang | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
ensurai Ib | sejenis pokok yang tumbuh di tebing hulu sungai; Dipcrocaspus oblongikolus, buahnya seperti buah engkabang dan boleh dimakan. | Kalau tidak ranting-ranting, botol-botol, sampah-sarap dan batang ensurai ditunda perlahan menyaratkan sungai itu. | Gugurnya Langit Hijau Nanga Tiga | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
embawang Ib | sejenis tumbuhan (pokok dan buahnya yang sangat kuat baunya). | Di sebelah lain, orang Nanga Tiga sibuk menggergajikan pokok embawang, ramin, merbung, tasak, mencantas cabang-cabang, ranting-ranting dan membuang daun-daun lebat. | Gugurnya Langit Hijau Nanga Tiga | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
takang Ib | ranting pokok. | Maka sudah sampailah kita untuk bersusun seperti sirih bertemu takang, menepati aturan seperti tanda buah pinang. Jadi saya sebagai pencerita, moga-moga akan panjang umur seperti kamu semua. | Kumang Mencari Tarum | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
tugung bula Ib | Longgokan kayu atau ranting yang dibuat sebagai tanda untuk mengingatkan orang yang pernah berbohong. | Tidak ada anak-anak lelaki kita mahu melihat tugung bula dibina untuknya. Itu adalah satu perkara yang memalukan. | Berakhirnya Pesta Ngongcong | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
tekalau Ib | sejenis burung enggang; Bucerotidae. | Burung sengayan, tekalau dan jeruit bercericau riang di ranting kayu sebelum masuk ke sarang. | Gugurnya Langit Hijau Nanga Tiga | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
sengayan Ib | sejenis ayam liar; Rolluslus rouloul. | Burung sengayan, tekalau dan jeruit bercericau riang di ranting kayu sebelum masuk ke sarang. | Gugurnya Langit Hijau Nanga Tiga | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
tunu MSr | bakar. | Hutan dipugar itu dibiarkan selama dua bulan baharu ditunu. Panas terik bulan Julai menyaksikan reba kering dan ranting dahan rentung dijilat api. Lidah api menjalar macam lidah syaitan lapar. | Berakhirnya Pesta Ngongcong | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |