buis Sk | segala bahan persediaan untuk sesuatu upacara jampi. | Buis sudah dihidangkan dengan rapi dalam dua buah apar. | Berakhirnya Pesta Ngongcong | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
siyung Kd Pr | terendak daripada anyaman buluh. | Siyung - lebih terkenal dengan nama "seraung" atau terendak. Diperbuat daripada kulit bambu yang dianyam begitu halus dan rapi. | Tarian-tarian Tradisional Negeri Sabah | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
taya Ib | pokok kekabu. | Benang yang ditenun ialah daripada pokok taya. Pokok ini ditanam di tempat khas yang disebut sebagai empalai taya. Kebun pokok taya ini memang dijaga dengan rapi. | Novel Senggalang Burung | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
empalai taya Ib | kebun kapas. | Benang yang ditenun ialah daripada pokok taya. Pokok ini ditanam di tempat khas yang disebut sebagai empalai taya. Kebun pokok taya ini memang dijaga dengan rapi. | Novel Senggalang Burung | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
gadus MSb | sejenis tembaga. | Dalam majlis itu Yanti meneliti suasana keriangan yang ada di dalam rumah itu. Perhiasan agak luar biasa. Dinding rumah dihiasi dengan tabir lembak yakni tabir dari perca kain yang dijahit halus berwarna-warni. Langit-langit juga dipasang untuk menutup ruang atas rumah. Perhiasan lain seperti gadus, sumbul, talam semuanya dari tembaga - diatur rapi di atas para di sekeliling rumah. | Yanti Si Anak Laut | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
lembak Bj | kain perca berwarna-warni yang dijahit halus, ia biasanya dipasang pada dinding dalam majlis perkahwinan. | Dalam majlis itu Yanti meneliti suasana keriangan yang ada di dalam rumah itu. Perhiasan agak luar biasa. Dinding rumah dihiasi dengan tabir lembak yakni tabir dari perca kain yang dijahit halus berwarnawarni. Langit-langit juga dipasang untuk menutup ruang atas rumah. Perhiasan lain seperti gadus, sumbul, talam semuanya dari tembaga - diatur rapi di atas para di sekeliling rumah. | Yanti Si Anak Laut | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |