abap Ib | sirih yang boleh dimakan, rasanya pahit. | “Oh, ibu yang datang ke mari,” kata Kumang sambil membawa tepak sirih dan duduk bersama ibu Ngelai. Mereka lalu menikmati buah pinang muda yang terasa seperti otak udang Rajang dan melipatkan daun sirih abap. | Kumang Mencari Tarum | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
kacam, *kacham* Ib | sejenis tumbuhan yang masam rasanya dan pucuknya boleh dijadikan sayur atau ulam. | “Terlalu ingin makan udang salai. Kalau dimasak bersama daun kacam, kuahnya saja sudah cukup menyelerakan.” | Bumi Bertuah | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
kumpang Ib | sejenis pokok yang buahnya seperti buah keranji dan rasanya masam. | Pada suatu hari setelah berfikir, Raja Entala lalu menebang sepohon pisang bangkit. Pangkai pisang itu diambil dan dibuat sepasang patung yang hampir serupa dengan mereka suami isteri. Raja Entala mengambil getah kayu kumpang untuk dijadikan darah patung itu. | Novel Senggalang Burung | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
amben MSr | waktu berpantang selepas melahirkan anak. | Dia teringat lagi, selepas menutup lang bilik mandi itu dia terus kembali ke tempat tidur. Tidak perlu rasanya dia menjengah bilik tidurnya yang digunakan oleh Kartini yang masih dalam amben. | Bermulanya Di Sini | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |