Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[res.tu] | رستو

Definisi : 1. berkat dan perkenan drpd Allah yg mendatangkan kebaikan kpd seseorang atau manusia: berdoa memohon ~ drpd Ilahi; kejayaan itu hanyalah dgn ~ Allah; 2. persetujuan drpd seseorang atau sesuatu pihak yg mempunyai kuasa, hak tertentu dsb utk membenarkan seseorang atau sesuatu pihak yg lain melakukan sesuatu, kebenaran, ke­izinan: si anak mendapat ~ drpd ibunya; baginya, tanpa ~ ayah dan ibu, sesuatu perkara yg akan dilakukan tidak akan sem­purna; 3. sl pengaruh baik atau buruk, guna-guna, jampi, mentera; merestui 1. mengurniakan kebaikan, ke­sejahteraan atau rahmat kpd: saya berdoa agar Allah ~ pekerjaan haji jemaah yg ter­babit dan menerima ibadah mereka sbg haji mabrur; selepas bersolat, si suami berdoa se­­­­moga Allah ~ rumah tangga yg baru di­binanya itu; 2. memberikan per­setujuan, kebenaran atau keizinan kpd se­seorang atau sesuatu pihak utk melakukan sesuatu dsb, bersetuju dgn, mengizinkan, membenarkan: penubuhan parti itu direstui oleh kerajaan; dr awal-awal lagi ibu tidak ~ perkahwinan kami; 3. sl mengenakan pe­ngaruh (guna-guna, jampi). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[res.tu] | رستو

Definisi : 1 berkat atau rahmat: Dia berdoa memohon ~ drpd Ilahi. 2 persetujuan drpd seseorang atau sesuatu pihak yg mempunyai kuasa, hak tertentu dsb utk membenarkan orang atau pihak lain melakukan sesuatu: Dia pergi setelah mendapat ~ drpd ibunya. merestui memberi restu kpd; memberkati. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
restu (kata nama)
Bersinonim dengan berkat, rahmat, perkenan, pengestu;,
Kata Terbitan : merestui,


Glosari Leksikal Bahasa Sukuan

Bahasa Suku KaumTakrifContoh AyatRujukanSumber
piring Ibsesajian hidangan untuk pemujaan.Siap sudah upacara memohon restu itu, mereka balik ke rumah kediaman mereka. Segala hidangan piring dan babi korban mereka ditinggalkan di puncak gunung itu. Semua bahan itu adalah untuk membuktikan kesungguhan mereka memohon restu yang diharapkan.Novel SatangkaiGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
sulu baiduri Mr Tdsejenis tarian kaum Tidung yang bertujuan untuk memohon restu pada dewa yang diberi nama Sulu Baiduri agar si sakit segera sembuh.Seperti juga suku kaum lain bahawa suku kaum Tidong masih percaya terhadap jampi serapah. Mereka juga mempunyai tarian tradisi yang bermaksud memohon restu pada dewa yang diberi nama Sulu Baiduri agar si sakit segera sembuh.Tarian hadiah untuk pengantinGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
monegolig, *monigoli* Kdsejenis tarian berunsur keagamaan dan memohon restu dari Tuhan yang bersemayam di puncak Gunung Kinabalu dan juga bertujuan untuk menghalau hantu yang mengganggu ketenteraman sesebuah kampung.Dan manakala kepala kambing berkenaan akan dibawa bersama atau dibawa berarak sambil menarikan tarian monegolig. Tujuan kepala kambing dibawa ialah untuk diserahkan kepada hantu yang menganggu ketenteraman kampung.Memuja tuhan di Gunung KinabaluGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
gawai kenyalang Ibsejenis upacara pemujaan yang menggunakan patung kenyalang yang bertujuan untuk memperoleh restu terhadap perkara yang dihajati.Saya membawa kita semua di sini untuk mengadakan Gawai Kenyalang. Gawai ini terpaksa kita adakan besok," kata Baring.Gurang dengan Ansang MiangGlosari Leksikal Bahasa Sukuan

Kembali ke atas