Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[riang.riang] | رياڠ- رياڠ

Definisi : ; biawak ~ sj biawak yg besar, Varanus salvator. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[riang.riang] | رياڠ- رياڠ

Definisi : sj serangga yg sayapnya lut sinar (yg jantannya berbunyi bising dan nyaring pd waktu senja). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[riang.riang] | رياڠ- رياڠ

Definisi : 1. sj tumbuhan (pokok yg kayunya keras), Ploiarum alternifolium Melch; 2. sj tumbuhan (pokok renek), iang-iang, kayu kuat, keriang, Archytae vahlii; ~ gelugur sj tumbuhan (pokok renek), pakan paya, Fagraea racemosa; rumput ~ sj tum­buhan (rumpai), Themeda gigantea Hack. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[riang.riang] | رياڠ- رياڠ

Definisi : nama sj binatang spt biawak yg besar, Varanus salvator. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata riang-riang

Puisi
 

Riang-riang di Gunung Ledang,
     Hendaklah makan si umbut padi;
Sialah-sia mata memandang,
     Belum dapat main tak jadi.


Lihat selanjutnya...(4)
Peribahasa

Tua-tua tupai tak tidur atas tanah.

Bermaksud :

Orang tua yang senantiasa riang gembira hidupnya.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Glosari Leksikal Bahasa Sukuan

Bahasa Suku KaumTakrifContoh AyatRujukanSumber
tongil Kdriang-riang.Semasa dalam hutan sejenis serangga yang disebut tongil atau riang-riang yang akan berbunyi dengan tiba-tiba pada tengah malam ketika pemburu sedang berkhemah di hutan. Kononnya bunyi tersebut merupakan petanda bahawa suatu melapetaka akan menimpa pemburu semasa memburu pada hari berikutnya.Alat-alat Muzik Tradisional Sabah Warisan Budaya Kita BersamaGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
ngingit Ibriang-riang.Mendengar ngingit berbunyi pada waktu tengah hari di huma amat tidak baik dan pantang besar. Suatu upacara mesti diadakan untuk mengurangkan alamat buruk ini dan orang yang dijemput, mestilah orang yang benar-benar berkebolehan.Novel Senggalang BurungGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
tekalau Ibsejenis burung enggang; Bucerotidae.Burung sengayan, tekalau dan jeruit bercericau riang di ranting kayu sebelum masuk ke sarang.Gugurnya Langit Hijau Nanga TigaGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
sengayan Ibsejenis ayam liar; Rolluslus rouloul.Burung sengayan, tekalau dan jeruit bercericau riang di ranting kayu sebelum masuk ke sarang.Gugurnya Langit Hijau Nanga TigaGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
mengilok Bj, Slsejenis tarian menggerakkan tangan dan jari-jari yang dianggap sebagai tarian bersuka ria atau untuk maksud menghiburkan tetamu yang datang.Kalau kita perhatikan cara Tarian Mengilok dipersembahkan, ianya merupakan tarian berentak riang-ria atau gembira dan jelas tarian berkenaan melambangkan kegembiraan atau kedamaian hidup suku kaum berkenaan yang kebanyakannya tinggal di persisiran pantai atau di Sungai Kinabatangan dalam daerah Sandakan.Tarian kaum Suluk diminati ramaiGlosari Leksikal Bahasa Sukuan

Kembali ke atas