monobos Kd Lt | salah satu adat istiadat dalam upacara memuja tajau. | Pada hari yang kedua, semua tajau yang mahu dipuja dikeluarkan dari tempat simpanannya. Pada hari itu, upacara memuja tajau dimulakan dengan lima orang "Tantagas" menjalankan adat-istiadat "Monobos" dan lima orang lagi menjalankan adat-istiadat "Mongilau". | Tatacara Adat Istiadat dan Kebudayaan Kadazan | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
mongilau Kd Lt | salah satu adat istiadat dalam upacara memuja tajau. | Pada hari yang kedua, semua tajau yang mahu dipuja dikeluarkan dari tempat simpanannya. Pada hari itu, upacara memuja tajau dimulakan dengan lima orang "Tantagas" menjalankan adat-istiadat "Monobos" dan lima orang lagi menjalankan adat-istiadat "Mongilau". | Tatacara Adat Istiadat dan Kebudayaan Kadazan | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
tonduk sogindai Kd KB | petanda kawasan larangan. | Merosakkan dengan sengaja tanda kepercayaan orang seperti tonduk sogindai atau bombon adalah salah dan boleh didenda adat seperti berikut: | Sepintas Lalu Mengenai Adat Istiadat Dusun/ Kadazan Kota Belud | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
bombon Kd KB | penanda kawasan larangan. | Merosakkan dengan sengaja tanda kepercayaan orang seperti tonduk sogindai atau bombon adalah salah dan boleh didenda adat seperti berikut: (a) Merosakkan tanda-tanda yang dianggap berat tidak lebih daripada seekor kerbau indung. | Sepintas Lalu Mengenai Adat Istiadat Dusun/ Kadazan Kota Belud | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
linapon Mr | kerbau yang disembelih pada hari perkahwinan yang dipercayai boleh menolak bala atau membuang sial. Bagi suku kaum Murut ia adalah salah satu hantaran perkahwinan, manakala bagi suku kaum Dusun pula ia tidak termasuk hantaran perkahwinan tetapi wajib dilaksanakan untuk tujuan di atas. | Selain daripada menyembelih kerbau linapon yang disembelih untuk hidangan di majlis keramaian itu. Paha kerbau yang menjadi bintang diuntukkan kepada ayah Paring. Itulah keperluan adat bintas dalam masyarakat mereka. | Antologi Cerpen Dukanya Abadi | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |