Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sa.ling] | ساليڠ

Definisi : kata yg menunjukkan sesuatu perbuatan dilakukan oleh dua pihak secara berbalas-balasan; ~ membantu bantu-membantu, ber-tolong bantu; kesalingan perihal (keadaan, sifat dsb) ber-balas-balas antara dua pihak: kebersamaan dan ~ ini sentiasa merupakan wajah fungsio-nalisme dlm kehidupan manusia dan jalinan perwatakan suatu karya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sa.ling] | ساليڠ

Definisi : kata yg menunjukkan perbuatan dll yg berbalas-balasan; sama-sama: ~ membantu sama-sama menolong; bantu-membantu. menyaling (ber­tin­dak) berbalas-balasan antara satu dgn yg lain. kesalingan perihal atau keadaan berbalas-balas antara dua pihak. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
saling (kata tugas)
Bersinonim dengan berbalas-balasan, sama-sama, serentak.,


Glosari Leksikal Bahasa Sukuan

Bahasa Suku KaumTakrifContoh AyatRujukanSumber
bedurok, *durok* Ib, MSr1.  berderau (saling bantu antara satu sama lain). 2. kerja-kerja gotong-royong yang harus dibalas balik dengan gotong-royong.Benar, dia tidak perlu bersama apai meminta bantuan dari Kampung Lempaong untuk bedurok membuka hutan, menebang pokok simpuh, semayur, tapang, perupuk dan geronggang, mencantas pula pohon beringin, simpur, rengas, geran dan sisik naga, menebas akar sekuntut, entiba, sarang naga, tapak kuda dan getih.Antologi Cerpen Bunga RimbaGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
kalang sama Bj Smsejenis puisi klasik yg disampaikan sambil menari dlm bentuk bulatan bergerak dgn pihak lelaki dan perempuan saling berbalas rangkap.Majlis betitik dan kalang sama dilangsungkan di pekarangan rumah Embo Bani.NembilukGlosari Leksikal Bahasa Sukuan

Kembali ke atas