sumbul Bj Sm | bekas tembaga yang digunakan untuk mengisi sirih pinang. | Pak Guring lalu menghulurkan sumbul yang berisikan sirih pinang kepada Pak Longgon. Sambil ibu jari kanannya mengarah ke suatu sudut, di mana ayam jantan Tanak Wagu terikat di situ. | Ayam Jantan, Tanak Wagu dan Sumandak | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
montius Kd KB | sejenis roh baik. | 10. Montius – Roh yang menjelma seperti burung, terbang pada malam hari. Sambil terbang dia berbunyi. | Sepintas Lalu Mengenai Adat Istiadat Dusun/ Kadazan Kota Belud | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
abap Ib | sirih yang boleh dimakan, rasanya pahit. | “Oh, ibu yang datang ke mari,” kata Kumang sambil membawa tepak sirih dan duduk bersama ibu Ngelai. Mereka lalu menikmati buah pinang muda yang terasa seperti otak udang Rajang dan melipatkan daun sirih abap. | Kumang Mencari Tarum | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
Belian Ib | upacara mengubati orang sakit oleh manang. | Selang empat hari kemudiannya, empat orang pemuda yang dulu itu datang lagi untuk menjemput dia mengadakan upacara belian. Apabila mengetahui bahawa Manang Engkejuang teringin sangat untuk pergi belian, tambahan pula keempat-empat orang pemuda itu sudah naik dari pangkalan, Manang Entayang pun masuk ke bilik lalu menyapu mukanya dengan arang dan jelaga, sambil duduk berdekatan dengan dapur. | Gurang dengan Ansang Miang | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |