sopinit Kd | lilin lebah daripada sarang kelulut yang digunakan sebagai gam. | Si pembuat Bungkau akan menipiskan bahagian tengah pelapah berkenaan dan dibubuh dengan sopinit atau sopilod (suatu bahan yang pekat berwarna coklat/hitam) dari bahasa daerah suku Kadazandusun yang mewarisi alat muzik berkenaan di mana terdapat di beberapa bahagian di daerah-daerah pantai barat, pedalaman dan lain-lain. | Bungkau juga miliki lagenda | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
sopilut Kd | lilin lebah daripada sarang kelulut yang digunakan sebagai gam. | Cara Membuat Sompoton. Untuk membuat Sompoton bahan-bahan berikut perlu disediakan. 1. Kurobu - labu liar. 2. Sopinit/sopilut - gam lebah jinak. | Alat-alat Muzik Tradisional Sabah Warisan Budaya Kita Bersama | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
menjaul Ml | mengail. | Mereka seperti biasa: mereka memasang pandik, menjaul baung, menahan sarang belida atau melalau petian di sungai. Kadang-kadang mereka bermain guli. Apabila musim durian junterah mereka berjaur di dusun sehari suntuk. | Berakhirnya Pesta Ngongcong | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
berjaur MSr | menunggu buah gugur. | Mereka seperti biasa: mereka memasang pandik, menjaul baung, menahan sarang belida atau melalau petian di sungai. Kadang-kadang mereka bermain guli. Apabila musim durian junterah mereka berjaur di dusun sehari suntuk. | Berakhirnya Pesta Ngongcong | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
sampok, *sampuk* Ib | anai-anai. | Semasa berhuma, kalau batu yang digunakan untuk mengasah di huma dibaluti sarang semut jenis sampok (anai-anai), ini petanda baik. Tetapi kalau batu itu tidak habis dibalutinya, ini tidak baik. Batu huma yang dibaluti semut jenis lain juga sama dengan maksud yang dibawa oleh semut jenis sampok ini. | Novel Senggalang Burung | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
rintong, rintung Ib | sejenis bakul yang diperbuat daripada gelungan pelepah rumbia yang digunakan untuk mengumpul dan membawa turun sarang lebah ke tanah. | Sejurus kemudian dia melihat seorang yang berbadan besar datang ke arahnya. Kepala orang itu besar dan muncungnya seperti keranjang yang bernama rintong. | Novel Senggalang Burung | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
junterah MSr | gugur (khusus durian yang masak sahaja). | Mereka seperti biasa: mereka memasang pandik, menjaul baung, menahan sarang belida atau melalau petian di sungai. Kadang-kadang mereka bermain guli. Apabila musim durian junterah mereka berjaur di dusun sehari suntuk. | Berakhirnya Pesta Ngongcong | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
tekalau Ib | sejenis burung enggang; Bucerotidae. | Burung sengayan, tekalau dan jeruit bercericau riang di ranting kayu sebelum masuk ke sarang. | Gugurnya Langit Hijau Nanga Tiga | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
sengayan Ib | sejenis ayam liar; Rolluslus rouloul. | Burung sengayan, tekalau dan jeruit bercericau riang di ranting kayu sebelum masuk ke sarang. | Gugurnya Langit Hijau Nanga Tiga | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
empuruk MSr | sejenis burung berwarna coklat, memakan biji lada; merbah. | Burung madu dan empuruk kedengaran riuh melayani anak masing-masing di sarang yang berdekatan. | Novel Senapang Bemban. | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |