Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sa.yup] | سايوڤ

Definisi : 1. kurang jelas pd pelihatan (pen-dengaran dll) kerana jauh: ~ mata meman-dang; 2. sedikit sahaja kurangnya (kain, perbelanjaan, dll), hampir cukup (sampai dll); ~ bulan a) hampir cukup bulan; b) sudah tidak ada wang lagi (sudah habis wang gajinya); ~ hati belas (sedih) hati; sayup-sayup 1. kurang jelas (pandangan, pen-dengaran, dll): dr jauh kedengaran ~ bunyi guruh; 2. = sayup-menyayup hampir cukup, kurang sedikit: belanja rumah tangga sudah ~;~ ingat lupa-lupa ingat; ~ sampai a) hampir tercapai, kurang sedikit lagi tercapai; b) kurang sedikit lagi sampai pd mata atau telinga (kerana kurang nyata). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sa.yup] | سايوڤ

Definisi : Pl lambat, lewat. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sa.yup] | سايوڤ

Definisi : tidak berapa jelas pd penglihatan atau pd pendengaran kerana jauh. ~ bulan a. hampir cukup bulan. b. sudah habis wang gajinya. ~ hati berasa belas hati. ~ mata memandang a. sejauh yg dpt dipandang mata. b. tidak sampai mata memandang. sayup-sayup ter­sangat sayup: Dr kapal Belanda itu, terdengar ~ bunyi orang menangis. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
sayup (adjektif)
1. Bersinonim dengan samar-samar: lamat-lamat, kabur, redam-redam, sabah, balam-balam, terang-terang laras, belam, melindap, sabur-limbur, kelam, saru,
Berantonim dengan jelas

2. Bersinonim dengan kurang sedikit: sedikit sahaja lagi
Berantonim dengan cukup

Kata Terbitan : sayup-sayup,

Puisi
 

Sungguh kuat terbang tekukur,
     Sayup bunyi mendayu-dayu;
Sungguhpun tajam pisau cukur,
     Tapi tak boleh dipotong kayu.


Lihat selanjutnya...(4)

Glosari Leksikal Bahasa Sukuan

Bahasa Suku KaumTakrifContoh AyatRujukanSumber
kutieng Bdsejenis burung ketilang.Hujan masih turun. Bunyi burung kutieng masih juga kedengaran, sayup-sayup. Malam itu seisi rumah Panol gempar.Novel Mutiara Dalam Timbunan PasirGlosari Leksikal Bahasa Sukuan

Kembali ke atas