embawang Ib | sejenis tumbuhan (pokok dan buahnya yang sangat kuat baunya). | Di sebelah lain, orang Nanga Tiga sibuk menggergajikan pokok embawang, ramin, merbung, tasak, mencantas cabang-cabang, ranting-ranting dan membuang daun-daun lebat. | Gugurnya Langit Hijau Nanga Tiga | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
si'eng Bd | nama keluarga dalam masyarakat Cina seperti Lim, Tan, Wong dsb. (Nama ini diwarisi daripada sebelah ayah, bukan sebelah ibu). | Budak itu darah dagingnya. Malah itulah cucu lelakinya yang pertama biarpun sudah lain si'eng. Ah Keong bergegas ke dapur. Dicabutnya badik tajam yang biasa digunakan semasa membakar daging. | Ketipung Bunga Jambu | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
ensenga Ib | bubu atau lukah yang diperbuat daripada ruas buluh yang dibelah di sebelah satu hujung. Perangkap ini diletakkan di sungai dengan bahagian terbukanya ke arah hulu sungai sejenis perangkap ikan. | Apabila usia mereka meningkat tujuh tahun lapan bulan, mereka sentiasa menjadi ketua kanak-kanak lain semasa bermain, menjala dan mengail ikan, menahan bubu dan ensenga. | Novel Satangkai | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |