jupit, *lupit* Ib, MSr | hitungan hari selepas tulat. | Rentap sedar benar keriuhan itu pasti berlarutan hingga ke pagi esok, petang dan malam esoknya. Mungkin berlarutan ke lusa dan jupit. Tentu ramai yang mericau tidak ketentuan. | Ketipung Bunga Jambu | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
gendang balai MSb | beduk, tabuh. | Sesungguhnya, bukan Zul tidak sedar. Setiap kiraan nombor itu jelas terbayang di ruang matanya. Bunyi kiraan itu seperti rentak paluan gendang balai yang dibunyikan ketika jenazah dimandikan. | Singkowoton | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
dengah Ib | kepala musuh yang diperoleh semasa ngayau. | Mungkin Rentap tidak sedar bahawa datuk neneknya adalah pahlawan dan yang paling banyak dengah di daerah itu. Begitu fikir Kibong. Rentap tahu panas baran Kibong mula membara. | Ketipung Bunga Jambu | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
gagas Bd | rangka untuk lantai daripada belahan buluh atau nibung. | Ketika itu baru dia sedar. Si anak sudah terduduk terjelepok di atas lantai gagas teresak-esak sambil mengadoi-adoi kesakitan. | Cerpen Burung, Anak Dan Kenangan | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
tilau-tilau idaan Bj Sm | perbuatan merisik calon isteri/menantu (secara tidak rasmi). | Namun, Rohayu sedar, tidak seperti keluarga lain, apabila menerima rombongan tilau-tilau idaan, pelbagai soalan dikemukakan seperti; apakah anak gadis mereka memang sudah tiba masanya untuk berumahtangga? | Dari Dalam Cermin | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
kuriding Bj, Tb | sejenis alat muzik kecapi mulut yang diperbuat daripada kulit pelepah pokok palma (pokok polod). | Dia sedar bahawa segala-galanya telah berakhir. Segala-galanya telah musnah. Dan yang tinggal hanyalah sebilah kuriding bumbu, tanda cinta, secebis kenangan dan sebuah rindu. Rindu, entah dari teluk mana hadirnya. | Bagai Camar Di Lautan | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
amboyat, *ambuyat* Bs, Mr | sejenis makanan yang diperbuat daripada tepung sagu yang dimasak menggunakan air panas. | Sesungguhnya, memang Paring sedar. Dia masih sayangkan anak-anaknya. Malah semakin hari semakin kental. Sekental amboyat. Namun, anak-anaknya kini sudah dewasa. | Antologi Cerpen Dukanya Abadi | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
sudap, *sulap* Kd, MSb | dangau, pondok. | “Enandakan, kau tidak turun ke?” Edinya melaung dari arah belakang sudap. Dalam keadaan separuh sedar, Enandakan mencapai botol dan meneguk sebelum melangkah ke sawah. Matahari masih terik dan Enandakan semakin lemas dalam denyut nafas yang kian lemah. | Serpihan Musim | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |