bulan rerak Ib | sehari selepas bulan purnama. | Beberapa orang gadis dan ibu datang juga untuk memerhatikan corak anyaman tikar bemban yang baru saja siap dianyam oleh isteri Senurok. Corak jenis bulan rerak, kata penganyam tikar itu. Pemuda-pemudi di situ duduk senyap, mempelajari bahasa kebangsaan melalui radio. | Bumi Bertuah | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
tamu MSb | pekan (pasar) sehari. | Nanak tahu, ibunya sedang menganyam daun pandan. Nanak tahu, pandan itu nantinya akan dijual di tamu, minggu depan. Itulah satu-satunya pendapatan sambilan yang diperoleh selain bercucuk tanam. | Susuk Tingkayu | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
tompuan Kd KB | sejenis roh jahat. | 22. Tompuan – Roh bahan gunaan hidup manusia sehari-hari, kadangkala menjadi mimpi berkelamin antara lelaki dan perempuan. Tempat tinggalnya di bumi dan di kayangan. | Sepintas Lalu Mengenai Adat Istiadat Dusun/ Kadazan Kota Belud | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
menjaul Ml | mengail. | Mereka seperti biasa: mereka memasang pandik, menjaul baung, menahan sarang belida atau melalau petian di sungai. Kadang-kadang mereka bermain guli. Apabila musim durian junterah mereka berjaur di dusun sehari suntuk. | Berakhirnya Pesta Ngongcong | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
berjaur MSr | menunggu buah gugur. | Mereka seperti biasa: mereka memasang pandik, menjaul baung, menahan sarang belida atau melalau petian di sungai. Kadang-kadang mereka bermain guli. Apabila musim durian junterah mereka berjaur di dusun sehari suntuk. | Berakhirnya Pesta Ngongcong | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
junterah MSr | gugur (khusus durian yang masak sahaja). | Mereka seperti biasa: mereka memasang pandik, menjaul baung, menahan sarang belida atau melalau petian di sungai. Kadang-kadang mereka bermain guli. Apabila musim durian junterah mereka berjaur di dusun sehari suntuk. | Berakhirnya Pesta Ngongcong | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |