Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.ka.li.ka.li] | سکالي - کالي

Definisi : langsung, sama sekali, sedikit pun: tak mahu ~; jangan ~ berbohong; masalah wanita dlm perundangan Islam tidak ~ boleh dilihat dr satu sudut sahaja; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.ka.li.ka.li] | سکالي - کالي

Definisi : sedikit pun; sama sekali: Jangan ~ mengambil hak orang lain. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[se.ka.li.ka.li] | سکالي - کالي

Definisi : sedikit pun; sama sekali; langsung: Kami ~ tidak berhajat kpd kuda dan tentera kamu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sekali-kali

Puisi
 

Kereta api tak ada serombong,
     Kapal pergi ke Batu Pahat;
Sekali-kali saya tak sombong,
     Tapilah tuan tak tahu adat.


Lihat selanjutnya...(5)
Peribahasa

Sekali jalan terkena,
     dua kali jalan tahu,
tiga kali jalan jera.

Bermaksud :

Sekali terkena tipu, kedua kali sudah tahu. (Peribahasa lain yang sama makna: Sekali bekas kena, dua kali bekas tahu, tiga kali baru jera).

 

Lihat selanjutnya...(9)


Glosari Leksikal Bahasa Sukuan

Bahasa Suku KaumTakrifContoh AyatRujukanSumber
dom, *dum* Ibpanggilan untuk lelaki muda, terutama bagi anak lelaki atau menantu lelaki.Kamu nanti Bunga Nuing, jangan sekali-kali kaubiarkan dom ini memakan daging rusa,? kata isteri Keling apabila dia melihat Bunga Nuing hendak membawa anaknya berjalan ke tempat orang yang sedang memakan daging rusa.Antologi Cerita Rakyat IbanGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
bengas Skbinatang atau lain-lain yang memusnahkan tanaman atau haiwan.Bukan Kito sendiri tidak tahu kalau bengas sudah menyerang, tiada sesiapa yang dapat menghalang kecuali dijampi dan dimantera. Tulah bukan datang dua atau tiga kali. Tulah hanya akan datang sekali.Berakhirnya Pesta NgongcongGlosari Leksikal Bahasa Sukuan

Kembali ke atas