melasik MSr | membersihkan rumput-rumput/semak, babat. | Selalunya waktu matahari sudah hampir-hampir tegak di atas kepala begini, Bidin dengan senang sudah dapat melasik tujuh atau lapan pokok kelapanya. Tetapi hari ini, jangankan tujuh batang, empat batang pun dia belum terlasik lagi. | Ketipung Bunga Jambu | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
engkabang Ib | sejenis pokok dan buah. | Sampai di kebun, kakinya melangkah ke batas ubi kayu dan ubi keledek, kemudian menuju ke dangau di tepi semak di bawah pokok engkabang yang meredup itu. | Gugurnya Langit Hijau Nanga Tiga | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
mengapus Ib, MSr | melitupi. | Dia memanggil batang buluh, lalu menghilang diri di sebalik anak pokok kemunting, mara bara dan mara gantung di situ, dan di dalam semak mengapus kepalanya. | Gugurnya Langit Hijau Nanga Tiga | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |