utik I Ky, MSr | sejenis ikan duri. | Menjaul di Lubuk Abai memang mengasyikkan. Baungnya gemuk sental. Utiknya berperut kuning. Kadang-kadang petian juga sempat menyambar. | Berakhirnya Pesta Ngongcong | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
datang kain MBr | datang bulan. | Dara pun tidak dapat diharapkannya kerana badannya naik subur terlalu cepat. Agaknya kerana dia terlalu kuat makan, fikirnya sejenak. Datang kain ketika berusia sebelas tahun, sebelum sempat ditebuk telinganya. Dewasanya lebih cepat daripada yang diharapkannya dan dijangkakannya juga. | Jambatan Laut China Selatan | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
damun Ib | hutan sekunder – kawasan tanah yang ditanam semula untuk berhuma (bukit). | Tanah yang ada ini, awak jaga baik-baik. Ini saja yang dapat ayah tinggalkan untuk awak. Ayah tidak, tidak sempat dan tidak mampu lagi untuk membuka damun baru. Menganyam Kedukaan Glosari Leksikal Bahasa Sukuan 262 danan Ib sejenis rotan yang batangnya besar. Aku umpama rotan wi disambungi tali. Umpama rotan biasa disambungi rotan danan. Umpama akar tengang disambungi pokok tulang. Umpama daun lemba disambung benang ira. Novel Satangkai Glosari Leksikal Bahasa Sukuan 263 dapu Kd tajau. Di sekeliling lereng busut beras itu akan ditaburi dengan hugus omuhok" atau pinang muda - ini juga merupakan persembahan kepada semangat dapu atau tajau itu. | Tarian-tarian Tradisional Negeri Sabah | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
ambal Ib, MSr | sejenis hidupan laut (solen brevis) yang berbentuk separuh selinder. Ia terdapat di beberapa kawasan persisiran pantai berpasir di beberapa bahagian di Kuching dan Samarahan. Ambal merupakan makanan laut yang enak dan popular. | Apabila ambal terkena campuran kapur ia akan menolak lidi tersebut dan cuba keluar dari pasir. Dengan pantas ambal akan diterkam dan dicabut sebelum ia sempat masuk kembali ke dalam pasir. | Pedoman Rakyat Jabatan Penerangan Malaysia Sarawak | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |