Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.nga.ja] | سڠاج

Definisi : = dgn ~ 1. memang diniatkan (dimak-sudkan dll) lebih dahulu, memang diniatkan begitu: penyair ~ ingin berbeza drpd orang biasa; bukan sahaya ~ ke mari, dihantar ombak ditumpu angin; 2. = bersengaja dibuat-buat, sahaja: geli benar hatinya melihat tingkah laku Iskandar yg ~ itu; menyengaja berbuat sesuatu dgn sengaja; menyengajakan melakukan sesuatu dgn sengaja: Zainal menyambut pertanyaan itu dgn senyum yg disengajakan; kesengajaan perihal (perbuatan) sengaja, sesuatu yg disengajakan: soal ~ watak-watak dlm ‘Salina’ melakukan dosa tidak pernah dibicarakan oleh pengulas-pengulas lain sebelum Shahnon Ahmad. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.nga.ja] | سڠاج

Definisi : memang diniatkan atau dimak­sudkan begitu; memang dgn niat ter­lebih dahulu: Dia ~ tidak mahu datang. Kemalangan itu berlaku dgn tidak ~. menyengaja berbuat sesuatu yg se­ngaja: Saya ~ supaya dia tahu akan ke­hadiran saya. menyengajakan me­la­kukan dgn sengaja: Perbalahan itu me­mang disengajakan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
sengaja (kata kerja)
Bersinonim dengan memang berniat, asa, sengeleng, sahaja;,
Kata Terbitan : bersengaja, menyengajakan, kesengajaan,

Puisi
 

Cik Ali menikam pari,
     Tala suntung tala sumpit;
Bukan sengaja saya ke mari,
     Bawa pantun dengan nasib.


Lihat selanjutnya...(3)
Peribahasa

Korek lubang ulat.

Bermaksud :

Sengaja mencari perselisihan.

 

Lihat selanjutnya...(17)


Glosari Leksikal Bahasa Sukuan

Bahasa Suku KaumTakrifContoh AyatRujukanSumber
bombon Kd KBpenanda kawasan larangan.Merosakkan dengan sengaja tanda kepercayaan orang seperti tonduk sogindai atau bombon adalah salah dan boleh didenda adat seperti berikut: (a) Merosakkan tanda-tanda yang dianggap berat tidak lebih daripada seekor kerbau indung.Sepintas Lalu Mengenai Adat Istiadat Dusun/ Kadazan Kota BeludGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
tonduk sogindai Kd KBpetanda kawasan larangan.Merosakkan dengan sengaja tanda kepercayaan orang seperti tonduk sogindai atau bombon adalah salah dan boleh didenda adat seperti berikut:Sepintas Lalu Mengenai Adat Istiadat Dusun/ Kadazan Kota BeludGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
ketawai Kdtempat menyimpan padi.Charlene menggeleng kepala. Tetapi dia cepat-cepat merapati ke badan Richard. Tentagas itu sengaja bersuara lantang untuk menyeru semua semangat padi supaya pulang ke ketawai.Debur MenerpaGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
racun sekejap Tbsejenis racun berbisa yang digunakan dalam tempoh masa yang singkat seperti dua atau tiga hari.Sakit yang dideritai oleh Apu ini juga adalah ekoran daripada racun yang pernah diberikan kepadanya oleh seorang manusia yang berhati binatang. Waktu itu Apu sengaja dijemput ke rumah orang kenduri. Tuhan amat berkuasa. Apu tidak mati, walaupun racun itu adalah racun yang paling berbisa. Kononnya racun itu memang terkenal dengan nama racun sekejap. Racun jenis itu boleh membawa maut kerana boleh menghancurkan jantung si mangsa dalam masa yang singkat.Pulut Kuning Daging RendangGlosari Leksikal Bahasa Sukuan

Kembali ke atas