Bingku Mr Tl | upacara pemujaan semangat padi, iaitu suatu upacara pernyataan syukur terhadap semangat yang mengawal padi kerana kemurahannya memberi hasil padi yang baik sepanjang musim itu. | Upacara Bingku ialah upacara pemujaan semangat padi, iaitu suatu upacara pernyataan syukur terhadap semangat yang mengawal padi kerana kemurahannya memberi hasil padi yang baik sepanjang musim itu. | Tarian-tarian Tradisional Negeri Sabah | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
jalong, *aik jalung* Ib | nama utk minuman tuak yg telah ditimang sepanjang malam dan kemudian diminum oleh orang tertentu dalam sejenis upacara dlm Gawai Antu. | Oleh kerana dia menantu Bedaang dia tidak panjang umur. Inilah juga yang menyebabkan seseorang menantu pantang minum jalong atau garong. Orang Iban tidak berani melanggar pantang ini kerana takut alah ayu atau tidak panjang umur. | Novel Senggalang Burung | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
tinau, *tinauk* Mr | pesta keramaian yang dihadiri seluruh penduduk setempat. Biasanya makanan yang dihidang sepanjang pesta selama seminggu ialah air tapai, babi, lembu dan ayam. Sehingga makanan habis barulah semua pulang. Acara ini diwajibkan sekali seumur hidup. Selepas itu, menantu bebas daripada cengkaman berian. | Linus Antakin, 39, bingung memikirkan bagaimana dia mahu mencari wang untuk memuaskan hati mentuanya. Selain telah menghadiahkan pelbagai barangan, dia dituntut mengadakan majlis tinau – kemuncak pada adat berian. | Beri Sampai Mati Bah | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
empelai Ib | sejenis kayu pulai yang lembut dan bergetah. | Pagi itu dia pun pergi. Sepanjang hari itu dia gagal mendapat seekor binatang pun. Baring pun berpatah balik. Dalam perjalanan balik, dia ternampak asap seperti ada orang membakar kayu empelai. "Apa benda ini, adakah itu manusia atau hantu?" kata Baring dalam hatinya. | Gurang dengan Ansang Miang | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
kelupis Ky, Kb, LB | pulut yang dibalut dengan daun palas dan diikat sebelum dikukus. | ....kejayaan penduduk dari beberapa buah kampung menghasilkan jalinan kelupis sepanjang 210m kaki sempena Perayaan Ulang Tahun ke 40 Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) peringkat Lawas baru-baru ini.... | Pedoman Rakyat | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
sirat Ib | jenis cawat yang digunakan oleh golongan lelaki Iban pada zaman dahulu. | Selepas itu isteri Irang teringat kepada sirat suaminya yang diperbuat daripada kain hitam sepanjang lima depa, sebagai sesuatu yang boleh digunakan untuk menyelamatkan diri dan bayinya. Seterusnya sirat itu dihulurkannya ke bawah dan hujung yang sebelah diikatnya kuat-kuat pada lantai. Melalui satu lubang di tengah bilik dia turun dengan menyusuri sirat yang telah diikatkan sambil mendukung erat bayinya. | Gurang dengan Ansang Miang | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
andong-andong umang Ky | sejenis tarian tanda kesyukuran kerana lahirnya bayi. | Tarian Andong-Andong Umang akan ditarikan dengan tujuan agar anak berkenaan dipanjangkan usia serta dimurahkan rezeki sepanjang hidupnya kelak. | Tarian Sambut Kelahiran Bayi | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
silipi, *selipik* Ib | sejenis bekas kecil daripada anyaman bemban digunakan untuk menyimpan barang-barang kecil. | Pujo mencapai silipi kecil yang dibawanya tadi. Dari dalam bekas itu dikeluarkannya seutas tali berwarna hitam sepanjang kira-kira lapan inci dengan dua biji taring babi hutan terikat padanya. | Novel Mutiara Dalam Timbunan Pasir | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
sangkah Ib | sejenis nyanyian yang dinyanyikan semasa membawa atau menyambut tengkorak yang dibawa balik semasa ngayau. | Tengkorak itu pun dibawa dengan aluan sangkah secara beberapa kali berjalan dengan gerak-geri ayunan dan nyanyian sepanjang rumah. | Jubang | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
momisok Kd | upacara memanggil roh si mati pada malam hari yang ke-6 selepas si mati dikubur. | Di akhir upacara, dukun wanita itu memohon supaya roh si mati mendoakan kesejahteraan hidup keluarganya. Pada sepanjang tempoh upacara "Momisok", dukun wanita itu berada dalam keadaan menurun dan "tidak sedarkan diri". | Tatacara Adat Istiadat dan Kebudayaan Kadazan | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |