Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.rang.ga] | سرڠݢ

Definisi : sj binatang kecil yg badannya ber-tekung tiga dan kakinya enam serta beruas-ruas (spt nyamuk, lalat, belalang, dll); ~ perosak (Tani) serangga (spt belalang, piang-gang, dll) yg merosakkan tanam-tanaman. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.rang.ga] | سرڠݢ

Definisi : kumpulan binatang kecil, spt nyamuk, lalat, yg berkaki enam, badannya beruas-ruas dan terbahagi kpd tiga bahagian (biasanya mempunyai dua pasang sayap): ~ perosak serangga yg merosakkan tanam-tanaman. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
serangga (kata nama)
Bersinonim dengan gegat, belalang, nyamuk, lalat, lipas, pianggang, mentadak, semut, kerengga, tebuan, sesorok, tawang-tawang.,


Glosari Leksikal Bahasa Sukuan

Bahasa Suku KaumTakrifContoh AyatRujukanSumber
tongil Kdriang-riang.Semasa dalam hutan sejenis serangga yang disebut tongil atau riang-riang yang akan berbunyi dengan tiba-tiba pada tengah malam ketika pemburu sedang berkhemah di hutan. Kononnya bunyi tersebut merupakan petanda bahawa suatu melapetaka akan menimpa pemburu semasa memburu pada hari berikutnya.Alat-alat Muzik Tradisional Sabah Warisan Budaya Kita BersamaGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
boyug Kd Ltsejenis kumbang berwarna hijau kilat yang selalu didapati memakan daun pokok kapuk.Kepak boyug - sejenis serangga berwarna hijau kilat yang selalu didapati memakan daun pokok kapuk.Tarian-tarian Tradisional Negeri SabahGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
salasak Kd KBroh air.15. Salasak atau Tombaig – Roh air, selalu dalam upacara adat pertanian dan diberi sajian untuk mengawal sungai, parit dan tali air dan juga menghalau serangga.Sepintas Lalu Mengenai Adat Istiadat Dusun/ Kadazan Kota BeludGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
tombaig Kd KBsejenis roh air.15. Salasak atau Tombaig – Roh air, selalu dalam upacara adat pertanian dan diberi sajian untuk mengawal sungai, parit dan tali air dan juga menghalau serangga.Sepintas Lalu Mengenai Adat Istiadat Dusun/ Kadazan Kota BeludGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
tungkawir Kdsejenis alat muzik tradisional yang mempunyai kaitan dengan adat resam memburu binatang pada zaman dahulu. Ia diperbuat daripada satu ruas buluh yang dipotong dibelah/potong sehingga pertengahannya. Cara membunyikannya ialah dengan menepuk pada tangan.Oleh itu, jika ia terdengar bunyi ini, ia harus mengambil Tungkawir dan memukulnya pada telapak tangan. Bunyi Tungkawir akan melawan bunyi serangga tadi dipercayai ini akan menolak bala yang bakal menimpa pemburu tersebut.Alat-alat Muzik Tradisional Sabah Warisan Budaya Kita BersamaGlosari Leksikal Bahasa Sukuan

Kembali ke atas