cekolok, *cokolok* MSr | ekspresi latah. | Eh cekolok! Serentak dengan itu satu hanyunan yang kejap dan padu mengena rusuk Min. | Menganyam Kedukaan | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
angkap Bj Sm, Kd Lt, Tb | loteng. | Serentak dengan ini, tentagas-tentagas yang ada perkaitan keluarga kepada keluarga yang mengadakan upacara tersebut, terutama sekali orang rumah yang mengadakan upacara mengahau ini supaya sama-sama naik ke atas tilud atau angkap yang disebutkan tadi. | Tarian-tarian Tradisional Negeri Sabah | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
ajat Ib | tari. | Ajatnya tambah rancak bila ada tangan-tangan yang ramai bertepuk agak serentak. | Gugurnya Langit Hijau Nanga Tiga | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
tendai Ib | alat tenunan yang digunakan untuk menarik benang tenunan. | Kumang, Lulong dan Bunga Eni serta Bunga Satangkai kemudian bersaing menenun pua kumbu. Mereka duduk serentak dan memulakan kerja dengan menggunakan alat-alat tendai dan belia. | Novel Satangkai | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
tompek ambulung Bj Sm | lempeng sagu. | Mereka yang terdiri daripada embok-embok, ada antaranya belum sembuh daripada sakit pening dan yang amat kepayahan mengunyah tompek ambulung, secara mendadak serentak datang; bagaikan pahlawan kerdil mencabar gerombolan lembaga yang menyerupai wajah Haji Salam itu, yang bagaikan gerombolan gergasi!. | Dari Dalam Cermin | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
embok-embok Bj Sm | datuk, nenek. | Mereka yang terdiri daripada embok-embok, ada antaranya belum sembuh daripada sakit pening dan yang amat kepayahan mengunyah tompek ambulung, secara mendadak serentak datang; bagaikan pahlawan kerdil mencabar gerombolan lembaga yang menyerupai wajah Haji Salam itu, yang bagaikan gerombolan gergasi! | Dari Dalam Cermin | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
belia Ib | alat untuk merapatkan benang dan diperbuat daripada banir kayu tapang, kayu mengeris atau kayu keras lain yang licin. | Kumang, Lulong dan Bunga Eni serta Bunga Satangkai kemudian bersaing menenun pua kumbu. Mereka duduk serentak dan memulakan kerja dengan menggunakan alat-alat tendai dan belia. | Novel Satangkai | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
tanggui seraong, *tanggui seraung* Ib | sejenis terendak yang berbingkai besar dan berpentol di tengahnya, biasanya dipakai oleh perempuan Iban. | Ramai penghuni rumah itu sendiri mati dibunuh musuh. Salah seorang daripada mereka ialah anak dara kepada Maling. Serentak dengan kematiannya itu tanggui seraongnya terbang ke langit dan kemudian jatuh di kawasan Batang Paku di Saribas. | Novel Senggalang Burung | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |