belawis MSb | sejenis ikan sungai berwarna kehitam-kehitaman dan berbintik-bintik kuning serta bersisik halus. | Terdengar perkataan ‘sarapan’ perutku serta-merta berkeroncong. Tambahan pula melihat tompe yang masih berasap beserta ikan belawis bakar. | Pelauh | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
utak-utak Bj, Sl | sejenis sanggul. | Mata kayu Dayang Bandang yang bening, terus menembusi ke ruang hadapan yang mula kelam. Rambutnya yang bersanggul fesyen utak-utak dihiasi mahkota, teguh mengapuh belakang kepalanya biarpun dipuput bayu senja. Serta-merta dadanya sebak, direnggut pilu yang perit. | Bagai Camar Di Lautan | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |