Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.se.ka.li] | سسکالي

Definisi : kadang-­kadang, ada kalanya: ~ ia pergi ke tingkap dan menjenguk ke luar; sesekali pd waktu malam, terdengar juga bunyi ledakan meriam; sekali-sekala kedengaran bunyi guruh mendayu-dayu; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.se.ka.li] | سسکالي

Definisi : pd sesuatu waktu; tidak kerap; kadang-kadang: ~ ada juga dia datang ke mari. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[se.se.ka.li] | سسکالي

Definisi : , sekali-sekala kadang-kadang; kadangkala; ada kalanya: ~ dia pergi menjenguk ke luar tingkap. ~ kedengaran bunyi guruh. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sesekali


Glosari Leksikal Bahasa Sukuan

Bahasa Suku KaumTakrifContoh AyatRujukanSumber
latuk Ib, Mlsejenis parang pendek untuk kegunaan umum.Sesekali akar tigis dan kuku helang yang menghalang perjalanannya dihayunkannya dengan latuk.Antologi Cerpen HatiGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
bubuk MSbsejenis udang kecil yang digunakan untuk membuat belacan.“Kawasan Teluk Ambung ini sesekali didatanginya, terutamanya apabila tiba musim bubuk. Dia amat gemar memakan udang kecil itu,” jelas Pak Hilun.Yanti Si Anak LautGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
keda MSrmalu tersipu-sipuKadang-kadang dia sendiri terpaksa mengalah kepada keadaan itu dan sesekali keda kerana lain yang ditegurnya tentang sikap Kamalina, lain pula yang ditegur oleh Pak Karim. Ketara bahawa dia agak bodoh, dan dia benar-benar keda.Bermulanya Di SiniGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
neang Mlsejenis pokok, buahnya berbentuk bulat dan dapat dijadikan mainan seperti permainan guli.Sunyi. Yang kedengaran hanya bunyi cengkerik. Sesekali kulemparkan pandangan ke arah pokok kayu neang yang diserikan oleh kelip-kelip. Sungguh indah sekali malam itu.Ketipung Bunga JambuGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
ondu II, *tonduk* Kdperempuan.Enandakan terasa rambutnya dielus mesra. Dia cuba kembalikan kepada dirinya. Tetapi kalimat kudus yang didengarnya melalui mulut pada ondu dan edi serta emak mentuanya sesekali menggegarkan perasaan.Serpihan MusimGlosari Leksikal Bahasa Sukuan

Kembali ke atas