getung Kd Tg | sejenis rentak gong yang menandakan berlaku sesuatu kematian. | Bagi orang-orang Dusun Tungku, sebaik-baik sahaja berlaku sesuatu kematian, mereka memalu gong dengan rentak paluan yang disebut "Tawog-tawog" dan "Getung". | Tatacara Adat Istiadat dan Kebudayaan Kadazan | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
langkau MSr | jenama kepada air tapai suling. | Petang itu, Josika sudah mula berasa sesuatu yang tidak kena akan berlaku. Sesuatu yang jahat, yang tidak disukainya. Bapa mentuanya membeli tujuh puluh botol langkau. Seribu orang pun yang datang akan terhuyung-hayang semuanya. | Berakhirnya Pesta Ngongcong | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
jukut Sk | sesuatu (tidak mahu menyebut nama sebenarnya kerana kepercayaan tertentu seperti dalam budaya Melayu harimau disebut sang belang, buaya disebut sang rangkak tetapi dalam budaya masyarakat ini semua benda yang tidak mahu disebut nama sebenarnya disebut jukut); hantu atau makhluk halus, sesuatu. | Masuklah, kalau kaumahu. Kalau kausudah Kristian, siapa nak apa-apakan padi kita kalau diserang jukut. Josika mendongak ke langit yang tidak begitu cerah. Aku sudah tidak cekap lagi. Sudah tua. Aku berharap kepada kamu. Terpinga-pinga Josika buat seketika. | Novel Ngoncong | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
singkowoton Mr | sesuatu yang berharga kepada seseorang. | Singkowoton bagi seorang pahlawan adalah tengkorak manusia yang dimenanginya dalam peperangan, kata suara halus itu, bagai sedang berlagu merdu. Singkowoton bagi seorang gadis adalah mahkota kegadisannya. Singkowoton bagi seorang wanita adalah anak-anak yang bakal lahir dari rahimnya. ..." | Singkowoton | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
menyikut MSb | menggalas sesuatu di belakang. | Pandangan matanya menerawang, memerhatikan keadaan sekitar. Seorang ibu berperut memboyot, menyikut bayi di belakangnya, sedang terbongkok-bongkok menggembur batas dengan mata cangkul. | Setulus Sarina | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
kapar Ib | timbunan sesuatu. | Jengkuan meneruskan perjalanannya dan sampai ke sebuah sungai karangan batu pirak tempat kapar tulang berselerak. | Jubang | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
bergala, *begala* MSr | sesuatu yang diperoleh melebihi jangkaan. | Harga seekor buaya itu saja sudah cukup untuk gantirugi harga selambo kita yang rosak itu; itu pun kalau rosak. Kalau tak rosak, rezeki bergala datang menggolek," Pak Lundu memulangkan sindirannya kepada Mondot. | Antologi Cerpen Hati | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
posungkadon Kd | perbuatan mencacakkan sesuatu seperti kayu dan sebagainya. | Sejak dari hari itu maka alat itu telah menjadi sebahagian daripada alat-alat muzik tradisional mereka. Oleh kerana ia dibunyikan secara posungkadon atau ditegakkan dan dihentak maka mereka menamakan set ini sebagai Sungkad. | Alat-alat Muzik Tradisional Sabah Warisan Budaya Kita Bersama | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
ngeranau Ib | mencari-cari sesuatu sehingga ke tempat yang jauh. | Tidak ada lagi jejak ngeranau di tepi langit." | Jubang | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
mit Ib | kecil. | Mengapalah bapa mit ini tak pulang-pulang? keluh isteri Irang. Dia gelisah menunggu, dia bukan saja takut tetapi tidak ada sesiapa yang boleh membantu dia di rumah. Sedang isteri Irang gelisah menunggu dia terdengarkan sesuatu bunyi aneh seolah-olah ada sesuatu atau seseorang berjalan melalui jambatan yang dibina menuju ke rumah. | Gurang dengan Ansang Miang | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |