Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.su.dah] | سسوده

Definisi : se­telah sudah melakukan sesuatu dll; sehabis: ~ bersembahyang, kami pun berwirid dan berdoa. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
sudah (kata tugas)
1. Bersinonim dengan habis: selesai, siap, beres, berakhir, tamat, usai,

2. Bersinonim dengan telah berlaku: telah berlalu, lepas, lampau, silam,

Kata Terbitan : sudahnya, sesudah, menyudahi, menyudahkan, kesudahan, berkesudahan, kesudah-sudahannya, penyudahan, penyudah,

Puisi
 

Sesudah malam bulan cerah,
     Bintang jua tumpang berada;
Jangan adik duk ambil susah,
     Abang ada di depan mata.


Lihat selanjutnya...(4)
Peribahasa

Tua-tua penyakit,
     muda ubat;
sesudah tersepit baru tahu akan sifat.

Bermaksud :

Sesudah menderita kecelakaan, baru berikhtiar atau berunding hendak melepaskan diri daripada kecelakaan itu. (Peribahasa lain yang sama makna: Sudah kalah baru berkubu).

 

Lihat selanjutnya...(35)


Glosari Leksikal Bahasa Sukuan

Bahasa Suku KaumTakrifContoh AyatRujukanSumber
pangilai Irmajlis bertandang.Selepas majlis perkahwinan biasanya sesudah tiga hari, pihak keluarga lelaki akan datang menjemput pengantin perempuan dan suaminya bertandang ke rumah keluarga lelaki dalam satu acara yang dipanggil pangilai.Proses Perkahwinan Masyarakat IranunGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
ngesoh, *ngesuh* Ibmenghembuskan nafas.Upacara perkahwinan pun terus dilangsungkan. Sesudah itu Gupi pun melahirkan seorang anak yang diberi nama Geraman. Anak itu dikenali juga sebagai Ensoh kerana apabila hendak bercakap dia mesti menghembuskan nafas atau ngesoh terlebih dahulu.Novel Senggalang BurungGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
baung Bj Smbekas minuman yang diperbuat daripada tempurung kelapa.Orang-orang Mumus itu naik ke rumah Datu Unduk sesudah membasuh kaki dan minum air sejuk yang diberikan di dalam baung. Mereka minum bergilir-gilir.Si GuntingGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
diogik, *oogik* Bj Sm, Kdirik.Upacara baasik ini diadakan ketika selesai kerja-kerja mengetam padi. Padi-padi telah disimpan di dalam ketawai sesudah diogik, yakni menanggalkan buah-buah padi dari tangkainya - mengirik.Tarian-tarian Tradisional Negeri SabahGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
tekiding MSbbakul yang dibuat dari anyaman rotan yang diraut halus, bertutup dan bertali untuk disandang di bahu. Ia dijadikan tempat menaruh alat-alat upacara, seperti gonding, mamadik, salungan dan sebagainya.Selesai memasak, mereka makan, mereka makan dengan berlaukkan apa entahlah. Sesudah makan mereka berkemas barang-barang ke dalam "tekiding" (tempat mengisi barang yang diletakkan di atas belakangnya).Diari K. BaliGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
pengaruh Ibazimat untuk menjaga keselamatan diri daripada perbuatan jahat orang, atau ubat guna-guna ilmu hitam.Kemudian isteri Enteran Temiang menggosokkan pengaruh untuk menghidupkan orang yang sudah mati, ubat ini diperolehi Enteran Temiang dan Enteran Temali dari langit semasa mereka berjumpa Datuk Pengaruh. Pengaruh ini sungguh mujarab kerana sesudah digosok Enteran Temali pun mulai bernafas, dan terus hidup semula.Novel Kumang BertelurGlosari Leksikal Bahasa Sukuan

Kembali ke atas