Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[si.lat] | سيلت

Definisi : sj seni (permainan dsb) atau kepandaian berjuang dgn menggunakan ketangkasan menyerang dan mempertahankan diri, pencak; jenis-jenisnya: ~ cekak, ~ gayung, ~ pulut; ahli ~ orang yg cekap (mahir) tentang silat; bersilat bermain silat (pencak), berjuang dgn silat: sebelah kanan orang memencak, sebelah kiri orang ~; ~ lidah (kata) ki pandai memutarbalikkan perkataan, pandai berdalih (berhelah); menyilat mengelak (pukulan, serangan, dll) dgn gerak silat, menangkis; persilatan yg berkaitan dgn silat: gim­nasium itu akan dilengkapi pusat riadah, tempat latihan ~ dll; pertarungan silat yg menunjukkan kaedah ~; ~ lidah (kata) ki perbahasan dll dgn menguji kepandaian ber­kata-kata (memainkan kata-kata); pesilat orang yg bersilat: ~ sedang bersedia utk memulakan pertandingan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[si.lat] | سيلت

Definisi : berbagai-bagai jenis atau cara menyerang lawan dan memper­tahankan diri (baik dgn mengguna­kan senjata ataupun tidak); pencak: ~ gayung; ~ lincah. bersilat bermain silat; berpencak. persilatan yg berkaitan dgn silat: ilmu ~. pesilat orang yg bersilat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
silat (kata nama)
Bersinonim dengan pencak, seni mempertahankan diri;,
Kata Terbitan : bersilat, pesilat,

Peribahasa

Sehabis kelahi teringat silat.

Bermaksud :

Setelah pekerjaan selesai baru teringat akan apa-apa yang baik untuk mengerjakan pekerjaan tersebut.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Glosari Leksikal Bahasa Sukuan

Bahasa Suku KaumTakrifContoh AyatRujukanSumber
madayut MBrtarian tradisonal suku kaum Brunei.Perkataan Madayut bermakna menyanyi sambil menari, dan dengan demikian dapatlah disimpulkan bahawa Madayut bermakna menari dengan iringan nyanyian, atau kombinasi di antara lagu dan tari, di mana rentak tariannya seakan-akan rentak pencak silat.Tarian-tarian Tradisional Negeri SabahGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
titik kuntau Bj Spsejenis irama paluan kulintangan.Kalau diperhati dengan teliti rentak atau irama titik kuntau yang menjadi satu tempo dan tarian di dalam tegungguk bagi masyarakat Bajau di Semporna ada persamaannya dengan rentak atau irama tigad-tigad bagi masyarakat Bajau di Kota Belud, di mana di dalam kedua-dua rentak atau irama tersebut penari-penarinya akan menari sama seperti keadaan orang yang sedang berpencak silat.Tarian-tarian Tradisional Negeri SabahGlosari Leksikal Bahasa Sukuan

Kembali ke atas