Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[song.két] | سوڠکيت

Definisi : (songkét) = kain ~ kain tenun yg bersulam dgn benang emas atau benang perak: ibu membelikan ayah ~ berwarna biru; bersongket 1. bersulam dgn benang emas atau benang perak: kain ~; 2. memakai songket: kedua-dua mempelai itu ~ hijau yg ditempah khas di Terengganu; menyongket menyulam dgn benang emas (perak): wanita itu mewarisi kehandalan menenun, menyulam, ~, menekat dan me­ngarang manik. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[song.két] | سوڠکيت

Definisi : /songkét/, = kain ~ kain yg bersulam dgn benang emas atau dgn benang perak. bersongket 1 bersulam dgn benang emas atau dgn benang perak. 2 memakai songket. menyongket membuat songket dgn menyulam tenunan benang biasa dgn benang emas atau dgn benang perak. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata songket

Puisi
 

Kain songket berkodi-kodi,
     Tersusun indah di atas peti;
Biarpun sedikit bernama budi,
     Guna menempah jasa bakti.


Lihat selanjutnya...(10)

Glosari Leksikal Bahasa Sukuan

Bahasa Suku KaumTakrifContoh AyatRujukanSumber
bertapihlipatan kain.Berkain songket yang bertapih di bahagian belakangnya.Tarian-tarian Tradisional Negeri SabahGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
rupor MSbkelim pada kain.Kain - daripada jenis kain songket dari sebarang warna - selalunya warna biru sebagai warna pilihan dan warna merah jingga. Di bahagian belakang kain itu akan dirupor. Rupor ini dikenali dengan tapih pada bahasa Berunai.Tarian-tarian Tradisional Negeri SabahGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
telatok, *talutuk* Mrsejenis alat muzik tradisional.Kaum lelaki tidak terlibat pada acara tersebut kecuali untuk bermain muzik yang terdiri dari 1 biji rebana, tiga biji telatok yang diperbuat rai buluh jenis poring. Pakaian yang dipakai terdiri dari kebaya, kain songket dan tarimpak.Tarian sambut kelahiran bayiGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
tarimpak, *sarimpak* Bj, MSbhiasan kepala, mahkota yg diperbuat drpd tembaga yg diukir dan berjuntai-juntai.Kaum lelaki tidak terlibat pada acara tersebut kecuali untuk bermain muzik yang terdiri dari 1 biji rebana, tiga biji telatok yang diperbuat rai buluh jenis poring. Pakaian yang dipakai terdiri dari kebaya, kain songket dan tarimpak.Tarian sambut kelahiran bayiGlosari Leksikal Bahasa Sukuan

Kembali ke atas