Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : tepi, pinggir; ~ bantal tepi bantal pd lintangnya; ~ daratan = ~ pantai bahagian tepi pantai atau dataran; ~ kota tembok kota yg di luar sekali; ~ tangan tempat berpegang pd titian dll, selusur; ~ tangga tempat berpegang pd tangga, langkan; menyusur 1. berjalan (belayar dll) mengikut tepi, berjalan (belayar) sepanjang tepi: mereka belayar dgn perahu ~ pantai Pahang; 2. lalu sepanjang (jalan dll), mengikuti (sesuatu jalan, arah, dll): ia ~ jalan kampung menuju rumah Dewi; kajian seterusnya akan ~ arah­arah yg berbeza; menyusuri 1. menyusur: mereka berjalan lambat-lambat ~ pantai; mereka berjalan ~ kaki lima; 2. ki mengikuti, meneliti: saya susuri ceramah beliau dgn hati-hati; susuran; ~ tangga susur tangga; penyusur; kapal ~ kapal yg menyusur pantai (singgah di pelabuhan kecil sahaja). (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
susur (kata kerja)
Bersinonim dengan tepi, pinggir, sembir;,
Kata Terbitan : menyusur, menyusuri,


Glosari Leksikal Bahasa Sukuan

Bahasa Suku KaumTakrifContoh AyatRujukanSumber
tusut Ibsalasilah, susur galur.Sementara ‘tusut’ pula berbentuk separuh puisi, menjelaskan tentang asal usul keturunan keluarga, binatang-binatang dan tanaman.Cerita Rakyat IbanGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
tangga tukur, *tangga tukun* Ibsejenis tangga.Setelah itu dia lalu turun melalui tangga tukur dengan berpegang pada susur tangga yang panjang. Dia menjejaki tanah yang rata seperti besi ditempa sehingga sampai pada tanah yang berbonggol seperti tudung terendak buluh.Kumang Mencari TarumGlosari Leksikal Bahasa Sukuan

Kembali ke atas