dorongan Kd | tali-tali yang terdapat pada alat muzik tongkongan. | Pada umumnya sebuah Tongkungan mempunyai tali dan ketujuh-tujuh tali berkenaan dinamakan dorongan dan manakala setiap dorongan ini mempunyai nama yang tertentu. | Tongkungan Dimain Ketika Menunggu Padi | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
beyuh, *boyuh* Bd | sejenis pokok berdaun besar dan boleh dibuat baju. | Tidak juga ketinggalan tali-tali kecil yang diperbuatnya sendiri daripada kulit kayu beyuh yang lembut. | Novel Antara Dua Kepercayaan | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
gorinding Kd | sejenis alat yang dibunyikan semasa upacara ritual. Ia terdiri daripada tiga bahagian iaitu, bahagian yang dipegang dibuat daripada tanduk atau teras kayu. Kemudian tali-tali benang yang diikat pada lobang tanduk atau teras kayu yang dipegang itu. Seterusnya ialah bahagian loceng yang bergantungan pada tali-benang itu. Ketika menggunakannya tangan orang bergerak turun-naik dan berpusing, dan dengan itu gonding ini akan berayun-ayun. Geraknya selaras dengan irama dan lajunya pembacaan mentera. | Kepala Maria turut disentuh oleh Abon yang berjalan ke sana ke mari dengan gorindingnya. Akhirnya, sekali dua dia menyentuhkan gorinding itu ke seluruh tubuh suami Solisir. Tetapi nyawa lelaki itu telah berakhir. | Debur Menerpa | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
gonding Kd | sejenis alat yang dibunyikan semasa upacara ritual Ia terdiri daripada tiga bahagian iaitu, bahagian yang dipegang dibuat daripada tanduk atau teras kayu. Kemudian tali-tali benang yang diikat pada lobang tanduk atau teras kayu yang dipegang itu. Seterusnya ialah bahagian loceng yang bergantungan pada tali-benang itu. Ketika menggunakannya tangan orang bergerak turun- naik dan berpusing, dan dengan itu gonding ini akan berayun-ayun. Geraknya selaras dengan irama dan lajunya pembacaan mentera. | Kemudian tangan Abon membunyikan gonding dengan menggoyang-goyangkannya. Dan ketika itu Abon sedang menurun untuk merayu dilanjutkan usia suami Solisir, ketika itulah suami Solisir menghembuskan nafasnya yang terakhir. | Debur Menerpa | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
giman Kd | sejenis tumbuhan menjalar yang boleh dibuat tali sundatang. | Kecapi ini dibuat daripada kayu nangka. Ia mempunyai dua atau tiga tali loyang. Secara tradisional tali-talinya dibuat daripada tumbuhan giman. Nada tali-talinya dibetulkan dengan memutarkan skru kayu telinga di atas alat ini. | Pengenalan kepada Alat-alat Muzik Tradisional Sabah | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
loposon Kd | tali yang ketiga terdapat di bahagian sebelah kanan buluh pada tongkungon. | Ketiga-tiga tali dari cungkilan sembilu buluh yang terdapat di sebelah kiri masing-masing dikenali sebagai toroloi satu, Toroloi dua dan Towon manakala di bahagian kedua yang terdapat di sebelah kanan buluh terdiri daripada loposon, ribadon, lombuson dan tongoon. | Tongkungan dimain ketika menunggu padi | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
tongoon Kd | tali yang ketujuh terdapat di bahagian sebelah kanan buluh pada alat tongkungon. | Ketiga-tiga tali dari cungkilan sembilu buluh yang terdapat di sebelah kiri masing-masing dikenali sebagai toroloi satu, Toroloi dua dan Towon manakala di bahagian kedua yang terdapat di sebelah kanan buluh terdiri daripada loposon, ribadon, lombuson dan tongoon. | Tongkungan dimain ketika menunggu padi | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
ribadon Kd | tali yang kedua terdapat di bahagian sebelah kanan buluh pada alat tokungon. | Ketiga-tiga tali dari cungkilan sembilu buluh yang terdapat di sebelah kiri masing-masing dikenali sebagai toroloi satu, Toroloi dua dan Towon manakala di bahagian kedua yang terdapat di sebelah kanan buluh terdiri daripada loposon, ribadon, lombuson dan tongoon. | Tongkungan dimain ketika menunggu padi | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
lombuson Kd | tali yang kelapan terdapat di bahagian sebelah kanan buluh pada alat tongkungon. | Ketiga-tiga tali dari cungkilan sembilu buluh yang terdapat di sebelah kiri masing-masing dikenali sebagai toroloi satu, Toroloi dua dan Towon manakala di bahagian kedua yang terdapat di sebelah kanan buluh terdiri daripada loposon, ribadon, lombuson dan tongoon. | Tongkungan dimain ketika menunggu padi | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
towon Kd | ketiga-tiga tali dari cungkilan sembilu buluh yang terdapat di sebelah kiri dororongan. | Ketiga-tiga tali dari cungkilan sembilu buluh yang terdapat di sebelah kiri masing-masing dikenali sebagai toroloi satu, Toroloi dua dan Towon manakala di bahagian kedua yang terdapat di sebelah kanan buluh terdiri daripada lapeson, ribadon, lamboson dan tongon. | Tongkungan dimain ketika menunggu padi | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |