Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[tan.dus] | تندوس

Definisi : 1. tidak ditumbuhi apa-apa (tanah); padang ~ padang yg tidak ada tanamannya; 2. sedikit pun tidak ada lagi, habis langsung, licin-licau (wang, harta, dll); menanduskan menyebabkan tandus; ketandusan 1. perihal tandus, ketiadaan sama sekali: ‘Dilema Melayu’ ditulis dlm masa ~ daya dan kepapaan bangsa; 2. telah habis langsung (bkn idea, modal, bakat dsb), mengalami keadaan tandus, kehabisan: universiti itu mempunyai ramai pelajar dan tidak ~ bakat; benarkah beliau telah diper­alatkan oleh kumpulan serpihan yg sudah ~ idea perjuangan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tan.dus] | تندوس

Definisi : tidak ditumbuhi apa-apa: padang ~ padang yg tidak ditumbuhi apa-apa. menanduskan menyebabkan tan­dus: Kemarau yg panjang telah ~ kawasan itu. ketandusan keadaan tan­­dus. penan­dus­an perihal atau proses menjadi (men­jadikan) tandus: Mengharamkan pe­ne­bangan pokok se­cara berleluasa dpt men­cegah ~ hutan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tandus (adjektif)
1. Bersinonim dengan gondol: gersang, kersang, safsaf,

2. Bersinonim dengan habis langsung: licin-licau, tiada lagi, hilang, lenyap, pupus, tandas,

Kata Terbitan : ketandusan,


Glosari Leksikal Bahasa Sukuan

Bahasa Suku KaumTakrifContoh AyatRujukanSumber
selap Ibrumput yang tumbuh di kawasan gersang.Tanah yang begitu tandus amat menyedihkan kami, Hanya tumbuh lalang bersama rumput selap padi, Kerana selalu dibakar api, Tempat Dayak berhuma padi tidak menjadi, Disaingi rumput padi mati, ….Bumi BertuahGlosari Leksikal Bahasa Sukuan

Kembali ke atas