suki Kd | bekas kecil yang dibuat daripada buluh yang digunakan untuk minum tapai. | Kali ini mereka minum tapai dari suki, dengan menghisap terus air tapai dari tempayannya. Tidak lagi menggunakan gelas ataupun mangkuk. | Antologi Cerpen Dukanya Abadi | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
hinabatan Kd | hampas tapai yg diberi makan kepada semangat padi. | Upacara ini akan diteruskan sehingga persiapan seperti Hinabatan atau menyediakan nasi tapai untuk diberi makan kepada Bambaazon telah siap. | Upacara Magavau: Kemanakah Menghilang? | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
humabat, *humabot* Kd | upacara memberi makan semangat padi dengan melontar hampas tapai agar melekat pada dinding. | Upacara Magavau disusuli dengan upacara keramaian atau Humabat dan upacara keriangan atau Monogit. Dalam upacara ini tarian-tarian tradisional masyarakat Kadazan/Dusun akan dipersembahkan dengan diiringi minuman tradisi seperti tapai, bahar dan lihing. | Upacara Magavau: Kemanakah Menghilang? | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
mararasak Mr | acara minum tapai dalam majlis perkahwinan. | Seperti biasa, pihak pengantin lelaki akan beratur berpasangan dengan pihak pengantin perempuan dalam upacara mararasak, mengikut adat orang-orang Murut di situ. | Antologi Cerpen Dukanya Abadi | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
langkau MSr | jenama kepada air tapai suling. | Petang itu, Josika sudah mula berasa sesuatu yang tidak kena akan berlaku. Sesuatu yang jahat, yang tidak disukainya. Bapa mentuanya membeli tujuh puluh botol langkau. Seribu orang pun yang datang akan terhuyung-hayang semuanya. | Berakhirnya Pesta Ngongcong | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
sagantang Kd | nama lain (eufemisme) bagi tapai. | Badan Lina terhuyung-hayang macam orang yang mabuk minum Sagantang. | Proton Saga Kelabu | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
andui-andui Mr Tl | sejenis tarian untuk memeriahkan upacara peraduan minum tapai dalam sesebuah majlis perkahwinan. | Satu lagi tarian orang-orang Murut, ialah tarian Andui-andui. | Tarian-tarian Tradisional Negeri Sabah | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
tinau, *tinauk* Mr | pesta keramaian yang dihadiri seluruh penduduk setempat. Biasanya makanan yang dihidang sepanjang pesta selama seminggu ialah air tapai, babi, lembu dan ayam. Sehingga makanan habis barulah semua pulang. Acara ini diwajibkan sekali seumur hidup. Selepas itu, menantu bebas daripada cengkaman berian. | Linus Antakin, 39, bingung memikirkan bagaimana dia mahu mencari wang untuk memuaskan hati mentuanya. Selain telah menghadiahkan pelbagai barangan, dia dituntut mengadakan majlis tinau – kemuncak pada adat berian. | Beri Sampai Mati Bah | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
penjaram MSb | sejenis kuih yang dibuat daripada tepung beras. | ODU Launai sibuk. Seekor ayam, pasti jadi habuan. Begitu juga dengan kain putih, hitam, hijau dan merah. Tidak ketinggalan air tapai dan kuih penjaram. | Bagai Camar Di Lautan | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
andilik Mr | membersihkan belukar atau hutan untuk bercucuk-tanam. | Peringkat berikutnya ialah untuk membersihkan belukar dengan menggunakan parang. Kerja ini biasanya dilakukan secara bergotong royong (ahuyu) yang bergantung kepada kemampuan petani sama ada petani itu mampu menyediakan makanan dan minuman tapai beras kepada pembantu-pembantunya. Peringkat ini dipanggil andilik. | Padi dan Keajaibannya | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |