andui-andui Mr Tl | sejenis tarian untuk memeriahkan upacara peraduan minum tapai dalam sesebuah majlis perkahwinan. | Satu lagi tarian orang-orang Murut, ialah tarian Andui-andui. | Tarian-tarian Tradisional Negeri Sabah | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
adai-adai MBr | lagu untuk mengiringi tarian tradisional suku yang berkenaan. | Pada suku Berunai, Madayut inilah merupakan satu-satunya tarian yang benar-benar membawa erti ‘tarian’, kerana lain-lain tarian seperti Samalindang, Adai-adai, bukanlah tarian yang benar-benar memenuhi istilah ‘tarian’ seperti yang semestinya. | Tarian-tarian Tradisional Negeri Sabah | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
lolok Bj Sp | sejenis tarian tradisional orang Bajau Semporna. | Dengan pukulan dan rentak yang tertentu dari bunyi Gabang, akan dapatlah dilahirkan tarian Lolai atau Lolok - iaitu sejenis lagi tarian orang-orang Bajau. Tarian inipun banyak terdapat di daerah Semporna. | Tarian-tarian Tradisional Negeri Sabah | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
lolai Bj Sp | sejenis tarian tradisional orang Bajau Semporna. | Dengan pukulan dan rentak yang tertentu dari bunyi Gabang, akan dapatlah dilahirkan tarian Lolai atau Lolok - iaitu sejenis lagi tarian orang-orang Bajau. Tarian inipun banyak terdapat di daerah Semporna. | Tarian-tarian Tradisional Negeri Sabah | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
jungkil Bj Sm | sejenis tarian tradisional yang ditarikan dalam majlis keramaian. | Jungkil juga merupakan satu lagi tarian suku kaum Bajau. Tarian ini banyak ditarikan oleh masyarakat Bajau yang mendiami daerah Papar seperti di kampung Kuala, Pengalat Kecil, Bundusan dan Kawang. | Tarian-tarian Tradisional Negeri Sabah | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
limbai Bj Sm | tarian tradisional suku kaum Bajau Sama. | Tarian Limbai merupakan satu lagi tarian asli kaum Bajau yang mendiami persisiran pantai Kuala Papar, terutama sekali di kampung-kampung Kuala, Bundusan, Pengalat, Kawang dan Kinarut. | Tarian-tarian Tradisional Negeri Sabah | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
bertapih | lipatan kain. | Berkain songket yang bertapih di bahagian belakangnya. | Tarian-tarian Tradisional Negeri Sabah | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
anangbai Sl | pantun dalam tarian daling-daling. | Pantun-pantun yang dilapalkan itu dinamakan Anangbai dalam bahasa Suluk atau dalam bahasa Bajau. | Tarian-tarian Tradisional Negeri Sabah | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
gasungang Ih | sejenis pantun dan nyanyian. | Tarian Garusai ini berjalan dengan iringan Sundait dan Gasungang iaitu yang berbentuk pantun dan nyanyian. | Tarian-tarian Tradisional Negeri Sabah | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
kinjung-kinjungan Sl | gerak langkah dalam tarian Daling-Daling. | Ketiga-tiga gerak langkah tersebut terkenal dengan nama gerak langkah mengilok, beautiful dan kinjung-kinjungan. | Tarian-tarian Tradisional Negeri Sabah | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |