Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ta.rum] | تاروم

Definisi : sj tumbuhan (herba yg daunnya dibuat nila), Indigofera suffruticosa; ~ akar = akar ~ sj tumbuhan (pokok memanjat), tarum hutan, Marsdenia tinctoria; ~ batu sj tum-buhan (herba), Loxocarpus incana; ~ hutan a) = akar ~ sj tumbuhan (pokok memanjat), Marsedenia tinctoria; b) sj tum­buhan (pokok renek), Didissandra frutescens. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ta.rum] | تاروم

Definisi : ark biru tua, hitam: harimau ~; padi ~; talang ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ta.rum] | تاروم

Definisi : burung ~ sj burung, Monticola solitaria madoci. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ta.rum] | تاروم

Definisi : nama sj herba yg daunnya di­buat nila, Indigofera saffruticosa. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata tarum


Glosari Leksikal Bahasa Sukuan

Bahasa Suku KaumTakrifContoh AyatRujukanSumber
narum, *narum tarum* Ibproses untuk mendapatkan warna hitam dengan menggunakan daun tarum.Setelah dikebat atau diikat barulah benang itu disepuhkan ke dalam dulang yang mengandungi air mengkudu. Setelah dimasukkan ke dalam air mengkudu barulah proses mampul dijalankan. Setelah proses ini selesai benang itu dimasukkan ke dalam air pewarna yang dipanggil tarum. Proses ini dipanggil narum.Novel Senggalang BurungGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
tarum Ibsejenis tumbuhan renek. Daripada tumbuhan ini terdapat bahan pewarna hitam yang boleh digunakan dalam proses mewarna kain tenun.Kalau tidak keluar barulah menyulitkan. Cuba tumbukkan daun tarum bercampur dengan ubi kayu yang sudah diparut untuk saya. Selepas itu barulah saya melakukan upacara pelian,? kata Manang Gambi.Bumi BertuahGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
jernang, *jeranang* Ibsejenis tumbuhan seperti halia yang digunakan untuk membuat warna. Ia ditumbuk kemudian kacau bersama air sebelum diperah bagi mendapatkan bancuhan berwarna.Apabila sampai di situ Kumang pun terus mendirikan sebuah pondok. Setelah siap pondok didirikan, Kumang pun mendaki sebuah bukit. Di atas bukit itu dia terjumpa tumbuh-tumbuhan tarum dan jernang.Kumang Mencari TarumGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
pelian Ibcara pengubatan yang dilakukan oleh manang dengan menggunakan nada suara yang berlainan semasa membaca mantera, jampi dan sebagainya mengikut jenis penyakit.Kalau tidak keluar barulah menyulitkan. Cuba tumbukkan daun tarum bercampur dengan ubi kayu yang sudah diparut untuk saya. Selepas itu barulah saya melakukan upacara pelian,? kata Manang Gambi.Bumi BertuahGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
takang Ibranting pokok.Maka sudah sampailah kita untuk bersusun seperti sirih bertemu takang, menepati aturan seperti tanda buah pinang. Jadi saya sebagai pencerita, moga-moga akan panjang umur seperti kamu semua.Kumang Mencari TarumGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
kiong, *kiung* Ibikan haruan; Channa striatus.Keling pun bangun semula. Dia termenung seperti ikan kiong yang termabuk selut, terhenti seperti ikan betutu dalam air keruh. Dia memandang ke kiri dan ke kanan.Kumang Mencari TarumGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
sangkoh gansai, *sangkuh gansai* Ibsejenis tombak.“Berjagalah saudara!” kata Raja Sawa kepada Keling. “Saya nak menikam dengan tombak sangkoh agong agar tertanam seperti keladi lantang. Saya nak melontarkan sangkoh gansai agar tertanam seperti ekor burung kenyalang.”Kumang Mencari TarumGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
lunda, *minyak lunda* Ib, Ml, MSrsejenis minyak wangi.Di situ dia menanggalkan pakaian samarannya, iaitu baju bulu burung garuda dan menghiaskan dirinya. Disapukannya minyak wangi lunda yang berbau seminggu tahan sebulan, kemudian dipasang cawat yang lengkap segala perhiasan.Kumang Mencari TarumGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
tangga tukur, *tangga tukun* Ibsejenis tangga.Setelah itu dia lalu turun melalui tangga tukur dengan berpegang pada susur tangga yang panjang. Dia menjejaki tanah yang rata seperti besi ditempa sehingga sampai pada tanah yang berbonggol seperti tudung terendak buluh.Kumang Mencari TarumGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
empitu Ibsejenis burung kecil seakan-akan burung puyuh tetapi berwarna kelabu. Ia sentiasa berjalan di atas tanah akibat sumpahan hantu chuik (tikus) – dongeng.Kumang menukar bentuk badannya sehingga menjadi sebesar telur burung empitu dan terus berguling masuk ke dalam lubang itu.Kumang Mencari TarumGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
123

Kembali ke atas