sundait Kd | teka-teki. | Sundait adalah teka-teki kaum Kadazan/Dusun. Kegiatan berteka-teki berlaku bila-bila masa selepas tangkai pertama padi baru dituai dan sebelum penanaman benih semaian untuk musim akan datang dimulakan. | Padi dan Keajaibannya | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
gumamas Kd | merumput sebelum menanam padi. | Bagaimanapun, kegiatan berteka-teki sama sekali tidak dibenarkan untuk dilakukan dalam tempoh membersihkan rumput di sawah (gumamas). Mereka percaya bahawa jika mereka berteka-teki maka kerja membuang rumput akan memakan masa yang lama dan dari itu ia dielakkan. | Padi dan Keajaibannya | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |