Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[teng.king] | تڠکيڠ

Definisi : 1. bunyi yg nyaring dan keras (spt bunyi ringkik kuda dll); 2. suara yg tinggi dan keras (suara orang marah, membentak, dll), bentak: abang Anuar selalu kena ~, marah dan hamun kalau dia tidak dapat menjawab soalan ayah; ~ herdik bermacam-macam bentak dan hamun, berbagai-bagai herdikan; bertengking 1. berkata dgn suara yg tinggi dan keras (membentak-bentak, mengherdik, dll); 2. bertengkar, berbantah; menengking 1. berkata-kata dgn suara yg keras; 2. memarahi dgn suara yg keras, mem­bentak, mengherdik: janganlah ditengking herdik dia kerana kesalahan yg kecil; tengking-menengking saling menengking; tengkingan kata-kata yg kasar dan keras, bentakan, herdikan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[teng.king] | تڠکيڠ

Definisi : 1 bunyi yg nyaring, spt bunyi ringkik kuda. 2 suara yg tinggi dan keras, spt suara orang marah: ~ herdik segala macam hamun dan bentak. menengking 1 bercakap dgn suara yg keras. 2 memarahi orang dgn suara yg keras; mengherdik: Dia ~ kulinya kerana tidak mengikut arahannya. tengkingan suara atau kata-kata utk menengking; bentakan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tengking
Kata Terbitan : menengking, tengkingan,

Peribahasa

Anak sendiri disayang,
     anak tiri dibengkeng.

Bermaksud :

Kaum keluarga sendiri dilebihkan daripada orang asing, atau rakyat sendiri lebih diutamakan daripada orang dagang. (Peribahasa lain yang sama makna: Anak kandung ditimang-timang, anak tiri ditengking-tengking).

 

Lihat selanjutnya...(2)


Glosari Leksikal Bahasa Sukuan

Bahasa Suku KaumTakrifContoh AyatRujukanSumber
pelan MSrmenyebelahi, memihak.Dalam keadaan begitu dia berasa putus asa dan sering mengatakan: "Entahlah apa nak jadi dengan budak ni!" Tetapi kalau Pak Karim dengar, dia mesti pelan. Mesti dia kena tengking herdik oleh lakinya itu kerana menyindir anak.Bermulanya Di SiniGlosari Leksikal Bahasa Sukuan

Kembali ke atas