Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[té.ngo/] | تيڠوق

Definisi : (téngok); tengok-tengok tiba-tiba, tut-tut, tup-tup;menengok 1. pergi atau datang hendak melihat (mengetahui), melihat, memandang: pd suatu pagi spt biasa aku pergilah ~ tuar dan pe­rang­kap; 2. melihat pertunjukan dll, menon­ton: selalu dia mempelawa Ida ~ wayang; 3. melawat (orang sakit dll), menjenguk; hari-hari dia pergi ~ adiknya di rumah sakit; 4. melihat buruk baiknya (nasib dll), menilik, meramalkan; 5. bp berjumpa, bertemu: sekarang saya sudah lama tidak ~ dia;tertengok menengok (melihat) dgn tidak sengaja: kalau Cikgu Hamidah ~ lukisanmu itu, macam mana? (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[té.ngo/] | تيڠوق

Definisi : /téngok/; menengok 1 melihat sesuatu pertunjukan dll; menonton: Dia mengajak saya pergi ~ wayang gambar di pekan. 2 pergi melihat orang yg sedang sakit; melawat; menziarahi: Hari-hari dia pergi ~ adiknya yg sedang sakit di hospital. 3 pergi melihat utk mengetahui keadaan sesuatu: Dia pergi ke sawah ~ padinya. 4 melihat nasib atau melihat untung malang seseorang; menilik; meramalkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tengok
Kata Terbitan : menengok, tertengok,

Puisi
 

Anak Kini turun Kuantan,
     Tengok anak Kandi berdiri;
Sungguh saya anak dagang,
     Di manakah tempat mengundur diri.


Lihat selanjutnya...(41)
Peribahasa

Tengok jenguk pandang-pandang,
     jangan sampai landak ditendang!

Bermaksud :

Jangan mudah menghina atau merendahkan orang kecil kerana ada waktunya ia akan melawan atau melebihi kita.

 

Lihat selanjutnya...(4)


Glosari Leksikal Bahasa Sukuan

Bahasa Suku KaumTakrifContoh AyatRujukanSumber
kakanun, *akanong* Kdapa-apa jenis makanan.Dia pegi tengok-tengok tu tampat dia dunia om. Tiba-tiba kaka dia... ingat ia mahu bagi satu jenis tu kakanun (makanan) yang boleh ditanam kaka... yang boleh dimakan, senang... nak mau urus.Membaca Mitos dan Legenda KadazandusunGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
lambaru langit Tbkiasan – sangat jelita.Pabila dia sudah tengok itu barang, dia nampak sudah berbuka. Dia nampak satu manusia, manusia iu parampuan (perempuan). Macam tolor dari lambaru langit (sangat jelita). Langitlah.Membaca Mitos dan Legenda KadazandusunGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
nyenggai, *nyenggai antu* Ibupacara meratapi mayat serta menyebut-nyebutkan tentang kebaikannya dan kejayaannya. Upacara ini bertujuan untuk mewujudkan suasana kesedihan dan menjaga si mati.Tak ada anak, makanan dah habis semasa upacara nyenggai, kata Lenta."Cubalah tengok dulu," pinta Baring lagi.Gurang dengan Ansang MiangGlosari Leksikal Bahasa Sukuan

Kembali ke atas