mogah Bj Sm, Ir | kain tenunan untuk hiasan. | Kerja-kerja tangan mereka yang bermutu tinggi seperti tenunan kain mogah dan tenunan dastar, menghiasi dinding rumah yang sobek-sobek. | Dalam Cermin | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
tendai Ib | alat tenunan yang digunakan untuk menarik benang tenunan. | Kumang, Lulong dan Bunga Eni serta Bunga Satangkai kemudian bersaing menenun pua kumbu. Mereka duduk serentak dan memulakan kerja dengan menggunakan alat-alat tendai dan belia. | Novel Satangkai | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
lanut MSb | pisang tali; Musa textilis. | Bahagian tenunan dalam pameran ini menunjukkan empat jenis benang yang digunakan untuk menenun seperti berikut: a) Benang kasar yang diproses daripada pisang lanut (Musa textilis): | Bengkel Anyaman/Tenunan Dan Pewarnaan Tradisional | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
rakup Ib | atas tenunan. | Rakup yang digunakan untuk mengepit benang diperbuat daripada kayu belian. Tetapi rakup pantang dibuat sembarangan kalau lelaki yang membuatnya masih belum lanjut usianya. | Novel Senggalang Burung | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
pua kumbu Ib | kain tenunan Iban yang digunakan untuk hiasan atau sebagai selimut. | Beberapa lembar pua kumbu digulung dengan dua gulung tikar juga turut dibayakkan. | Dewan Sastera | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
labungan Ib | sejenis alat tenunan. | Labungan digunakan untuk mengambil atau mengangkat benang-benang yang terlepas daripada benang-benang lain ketika benang-benang itu diangkat dengan karap. | Novel Senggalang Burung | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
sementing Ib | tali pinggang. | Nama dan jenis kain tenunan yang dibuat untuk kegunaan lelaki ialah seperti labung, paiya ekor cawat, kain belantan dan sementing. Pakaian perempuan yang ditenun ialah seperti kain pendek, baju tabor, baju bara-ara dan pua kumbu. | Novel Senggalang Burung | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
belantan Ib | sejenis kain tenun. | Nama dan jenis kain tenunan yang dibuat untuk kegunaan lelaki ialah seperti labung, paiya ekor cawat, kain belantan dan sementing. Pakaian perempuan yang ditenun ialah seperti kain pendek, baju tabor, baju bara-ara dan pua kumbu. | Novel Senggalang Burung | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
bara-ara Ib | garisan menegak. | Nama dan jenis kain tenunan yang dibuat untuk kegunaan lelaki ialah seperti labung, paiya ekor cawat, kain belantan dan sementing. Pakaian perempuan yang ditenun ialah seperti kain pendek, baju tabor, baju bara-ara dan pua kumbu. | Novel Senggalang Burung | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
tabor, *tabur* Ib | perihal corak yang bertompok-tompok. | Nama dan jenis kain tenunan yang dibuat untuk kegunaan lelaki ialah seperti labung, paiya ekor cawat, kain belantan dan sementing. Pakaian perempuan yang ditenun ialah seperti kain pendek, baju tabor, baju bara-ara dan pua kumbu. | Novel Senggalang Burung | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |