tajo Ib, MSr | tajau (sejenis tempayan besar). | Tajo-tajo yang besar itu terapung-apung di atas air. Ia ditelan oleh naga itu satu-satu. Oleh kerana terlalu banyak tajo itu ditelannya, maka naga itu pun mati lalu terggelam ke dasar laut. | Novel Dayang Merah Lidi | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
benda lelekap Ib | sejenis tempayan. | Dia memandang ke arah Batang Rimbas dan ternampak sebuah tajau benda lelekap terapung-apung di air. Munan lalu menyeberang untuk mengambilnya. | Jubang | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
rumpong, *rumpung* Ib, MSr | udang salai (berkulit). | Mereka berperahu menghilir Batang Layar. Apabila sampai di Kuala Plassan mereka menjumpai banyak udang rumpong pula terapung-apung di permukaan air. Ini juga dipercayai satu alamat yang buruk. | Jubang | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
daran LB | para di atas unggun api yang dijadikan tempat menyimpan kayu api. | Periuk ini terlalu kecil untuk makananku, katanya lalu mencapai kawah dan menyalakan api di bawahnya. Digoncang-goncangnya daran supaya lipas-lipas jatuh dan terapung-apung di dalam kawah itu. | Antologi Cerita Rakyat Suku Kaum Lun Bawang | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |