resu Ib | buih yang keluar pada hujung kayu yang tidak terbakar (semasa dibakar). | “Berbau bunga pundaklah ini, yang ditanak oleh gadis dagang. Ada juga terhidu wangi resu garu tulang. Tidak pernah saya tercium wangi seperti ini, wangi minyak nyaman yang tahan sebulan, wangi minyak embun yang tahan setahun,” kata Raja Sawa sambil termenung sendiri. | Kumang Mencari Tarum | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
sempidan Ib | sejenis ayam liar yang dipercayai membawa alamat buruk, contohnya, sekiranya ia memasuki rumah, rumah itu dipercayai akan terbakar dan orang Iban digalakkan meninggalkan rumah panjang tersebut bagi mengelakkan mala pataka. | Mereka terdengar Orang Kaya Janting dari Banting mengatakan mereka anak Balau tidak mahu mendahului bala kerana ada dua ekor biring sempidan sedang berbunyi rikut-rikut mencakar tanah rata di atas mereka. | Novel Senggalang Burung | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
angintaun Mr | menebang pokok-pokok besar. | Petani akan membakar semula keseluruhan petak padi sekiranya batang dan tunggul pokok tidak habis terbakar. Proses ini dipanggil angintaun. | Padi dan Keajaibannya | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
pau kelasih LB | sejenis tumbuhan paku pakis, berbulu dan berlendir. Lendirnya boleh dibuat ubat bisul. Warnanya perang kehitaman. | Kalau kamu mahu mengambilnya jangan kamu pakai kayu untuk memanjatkan batu itu kerana batu itu akan mudah terbakar. Batang pau kelasih (sejenis paku-pakis yang besar dari paku biasa dan berwarna perang) itu yang baik sekali. | Antologi Cerita Rakyat Suku Kaum Lun Bawang | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
ropuan Kd, Tb | dapur kayu, tempat menyalakan kayu api untuk memasak. | Setompok arang yang masih berasap sedikit kerana telah dijirus air dan tompokan abu putih, terdapat di atas ropuan berukuran empat kaki persegi. Di ropuan itu tersusun lima enam batang kayu api. Hujungnya berwarna kehitam-hitaman kerana telah terbakar. | Mimpi Burubut | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |