Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ter.cam.pa/] | ترچامڤق

Definisi : 1. terlempar, terpelanting: ia pun ~ di atas tanah; 2. sampai ke tempat yg jauh (terasing), terbuang: mereka sekarang ~ ke sebuah pulau yg kecil dan terpencil. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ter.cam.pa/] | ترچامڤق

Definisi : jatuh dgn agak kuat; terpelanting: Ketika melalui jalan yg berlekuk-lekuk dan berliku-liku, dia nyaris-nyaris ~ keluar dr lori tsb. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata tercampak

Puisi
 

Ambil sebatang membuat galah,
     Galah tercampak di tengah laman;
Kenapa duduk sebatang karah,
     Kerana abang tak mencari teman.


Lihat selanjutnya...(11)
Peribahasa

Di mana lalang habis,
     di situ api padam.

Bermaksud :

Di mana mati di situlah dikuburkan. (Peribahasa lain yang sama makna: Di mana api padam, di situlah [= di sanalah] puntung tercampak; di mana periuk pecah, di situlah tembikar tinggal).

 

Lihat selanjutnya...(2)


Glosari Leksikal Bahasa Sukuan

Bahasa Suku KaumTakrifContoh AyatRujukanSumber
empelasi Ibsejenis ikan air tawar yang kecil dan bersisik, berwarna kelabu.“Eh, sayalah yang datang ke mari saudara. Apakah yang hendak dikatakan dengan panjang lebar” Ke air ikan empelasi terpelanting, ke pantai tercampak ikan seluang. Sekiranya saudara sudi, jemputlah saya turut berbaring, kalau tidak usirkan pulang,? jawab anak Keling.Kumang Mencari TarumGlosari Leksikal Bahasa Sukuan

Kembali ke atas