Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[te.ri.ngat]/[ter.i.ngat] | ترايڠت

Definisi : ingat dgn tiba-tiba, terkenang, timbul dlm fikiran: dia ~ satu kisah yg hampir-hampir sama dgn pengalamannya sekarang; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[te.ri.ngat]/[ter.i.ngat] | ترايڠت

Definisi : ingat dgn tiba-tiba; terkenang: Setelah merantau selama tujuh tahun, dia ~ akan kampung halamannya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata teringat

Puisi
 

Sayang serindit dadanya biru,
     Mati disumpit Raja Paiman;
Selama teringat permatanya guru,
     Belum kujanji lepas di tangan.


Lihat selanjutnya...(29)
Peribahasa

Sehabis kelahi teringat silat.

Bermaksud :

Setelah pekerjaan selesai baru teringat akan apa-apa yang baik untuk mengerjakan pekerjaan tersebut.

 

Lihat selanjutnya...(11)


Glosari Leksikal Bahasa Sukuan

Bahasa Suku KaumTakrifContoh AyatRujukanSumber
itok Ib, MSrselalu teringat-ingat akan sesuatu serta menyebut-nyebutnya berulang-ulang kali.Kadang-kadang Pak Karim berasa tindakan Minah itu sudah melampau. Sudah terlalu pengitok sikapnya. Tetapi di sebalik sikap suka itok itu ada juga baiknya. Pak Karim sendiri pun mengakuinya.Bermulanya Di SiniGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
amben MSrwaktu berpantang selepas melahirkan anak.Dia teringat lagi, selepas menutup lang bilik mandi itu dia terus kembali ke tempat tidur. Tidak perlu rasanya dia menjengah bilik tidurnya yang digunakan oleh Kartini yang masih dalam amben.Bermulanya Di SiniGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
nyopuh Bdkerja mengambil madu dan anak-anak lebah dari atas pokok-pokok.Sekilas, dia teringat sekurang-kurangnya sudah tiga kali dia ikut nyopuh lebah di pokok itu.Menganyam KedukaanGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
sirat Ibjenis cawat yang digunakan oleh golongan lelaki Iban pada zaman dahulu.Selepas itu isteri Irang teringat kepada sirat suaminya yang diperbuat daripada kain hitam sepanjang lima depa, sebagai sesuatu yang boleh digunakan untuk menyelamatkan diri dan bayinya. Seterusnya sirat itu dihulurkannya ke bawah dan hujung yang sebelah diikatnya kuat-kuat pada lantai. Melalui satu lubang di tengah bilik dia turun dengan menyusuri sirat yang telah diikatkan sambil mendukung erat bayinya.Gurang dengan Ansang MiangGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
boton Tbsejenis bakul yang diperbuat daripada pucuk nipah atau kulit kayu. Ia berbentuk bulat dan mempunyai tali untuk di sandang di belakang. Ia biasanya digunakan untuk mengangkut padi.Heboh pula suatu berita terbaru yang mengatakan bahawa Sindan mati akibat termakan racun. Bantilan akhirnya menangis. Baru dia teringat akan racun perosak yang disimpan di dalam sebuah boton dan dibiarkan tergantung di dinding sebelah luar rumahnya.Susuk TingkayuGlosari Leksikal Bahasa Sukuan

Kembali ke atas