tungkal Ib | Hukum denda tambahan mengikut adat suku Iban sekiranya tidak dibayar denda sebelumnya. | Sana pun membawa canang itu turun ke bawah rumah. Apabila sampai di bawah dia pun berkata, "Canang ini akan saya bawa pulang ibu untuk membayar denda adat tungkal berkenaan dengan anak Anal yang telah meninggal!" Sana terus membawa canang itu pulang ke rumahnya. | Jubang | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
sapat Ib | tirai yang dibentuk dengan beberapa helai pua kumbu yang tersangkut pada tali dan diikat di antara tiang-tiang di ruai untuk melindungi badan si mati. | Apabila Kumang dan Lulong melangkah ke dalam rumah roh itu sebesar bunga mancis. Akhirnya apabila sampai di ruai Keling dan Laja, roh itu sudah sebesar biji sekoi. Secepat Kumang dan Lulong berada di dalam sapat mereka terus meletakkan roh itu di atas kepala Bunga Eni dan Bunga Satangkai. | Novel Satangkai | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |