Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[te.ta.pi] | تتاڤي

Definisi : = akan ~ 1. kata penghubung utk menyatakan hal-hal yg agak berlawanan (bertentangan): budak itu pandai ~ pemalas; dia pemarah ~ hatinya baik; 2. (sungguhpun ...) namun: walaupun tua ~ ia masih kuat berjalan lagi. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[te.ta.pi] | تتاڤي

Definisi : 1 kata yg digunakan utk me­nyata­kan hal yg berlawanan atau bertentangan: Budak itu pandai ~ malas. 2 namun: Sungguhpun dia tua ~ masih kuat bekerja. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tetapi (kata tugas)
Bersinonim dengan namun, sebaliknya, melainkan, kecuali.,

Puisi
 

Tak ada damar pasang lilin,
     Buat terang waktu malam;
Bukannya pandai bukannya alim,
     Tetapi tahu cara Islam.


Lihat selanjutnya...(5)
Peribahasa

Makan nasi suap-suapan,
     tetapi menyambut puan kosong.

Bermaksud :

Kahwin menurut adat perkahwinan biasa tetapi kemudian ternyata perempuan itu sudah bukan anak perawan lagi.

 

Lihat selanjutnya...(297)


Glosari Leksikal Bahasa Sukuan

Bahasa Suku KaumTakrifContoh AyatRujukanSumber
longgar mata udang, *gerah mata udang* Ibperibahasa Iban yang bermakna sesuatu yang dilihat pada luarannya mudah, tetapi pada hakikatnya susah.“Itu rupanya jawapan Bunga Eni. Kenyataan begitulah yang boleh disebut longgar mata udang. Mata udang kelihatan tidak begitu tegap. Jika dipegang ia bergoyang-goyang tetapi jika hendak dicabut, tidak juga mudah,” kata Keling menuding ke arah Laja.Novel SatangkaiGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
senggang Ibsejenis tumbuhan seperti lengkuas (tetapi tidak boleh dimakan), kulitnya boleh dibuat tikar.Telichai beristerikan Endu Dara Sia, berasal daripada keturunan Hantu Kamba, perempuan yang tinggal di hutan asam paya. Dia mewarisi harta pusaka yang berbentuk tajau rusa, berukir menarik mengambil bentuk rumpun buah senggang.Novel Senggalang BurungGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
kaval Rgsejenis baju berlengan panjang tetapi bahagian lengan berkenaan tidak berjahit, dipakai oleh wanita.Kaval - baju panjang tangan - tangannya dibelah tidak berjahit. Ia dipakai pada waktu hari-hari keramaian saja. Ianya berwarna-warni dan diperbuat daripada benang kapas.Tarian-tarian Tradisional Negeri SabahGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
kelabu Ibsejenis burung seperti burung tekukur tetapi warnanya kelabu. Kehadirannya dipercayai akan membawa pertanda (sama ada baik atau buruk mengikut keadaan).Semasa menyabung dan ada pula mendengar bunyi burung kelabu dari sebelah kanan gelanggang sabung, ini juga baik. Ia menandakan mata ayam orang yang dilawan itu kabur.Novel Senggalang BurungGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
tijirak, *pijirak* Bdsejenis burung seperti burug pipit tetapi ekornya panjang dan berwarna keperangan.Burung Tijirak berbunyi dan mengepak-ngepakkan sayapnya dengan kuatnya. Rusa pun terkejut kerana diganggu oleh kelakuan Tijirak itu.Cerita-cerita Rakyat BidayuhGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
taleb LBsejenis alat menangkap ikan seperti bubu tetapi ia dipasang mengikut arus dan mempunyai umpan yang selalunya daripada daging, ubi dan sebagainya.Mereka pun mula membuat taleb dan memasangnya di dalam lubuk itu. Terdapat banyak ikan datang apabila mereka menaruh umpan ubi ke dalam taleb itu.Antologi Cerita Rakyat Suku Kaum Lun BawangGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
mering LBsejenis perangkap ikan berbentuk seperti bubu tetapi ia tidak mempunyai injap dan dipasang secara melawan arus. Ia diperbuat daripada buluh.Di hilir sungai itu ada sebuah mering kepunyaan Angi. Libau pun naik ke atas tebing dan menghampiri pondok Angi tadi.Antologi Cerita Rakyat Suku Kaum Lun BawangGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
kinayoo Mr, Tbbesar.Jangan makan saya! Tetapi kita pergi bersama-sama ke hulu! Di sanalah kampung kami di hulu sungai Kinayoo. Waduh! Banyak orang di kampung kami, kata pelanduk itu kepada buaya itu.Sabah Folk Tales 1-7Glosari Leksikal Bahasa Sukuan
ketupong, *ketupung* Ibsejenis burung seperti burung puyuh tetapi lebih kecil, yang membawa alamat; Sasio abnoramisCuma burung tiung, ketupong, gagak rimba dan kenyalang melintas cepat di puncak meranti.Gugurnya Langit Hijau Nanga TigaGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
selunsung MSbsejenis ikan air tawar seperti ikan tidur tetapi bentuknya panjang dan dijual dengan harga yang mahal.Sekali rambat ditebar, seekor dua ikan lontong terperangkap. Kalau nasib menyebelahi, tonggilis yang dipasang merentangi Sungai Bengkoka, akan diragut oleh ikan selunsung. Atau, paling tidak togad atau tawi.Susuk TingkayuGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
1234567

Kembali ke atas